PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Friday, 30 July 2021

PENUTUPAN YANG SUDAH DIRANCANG DARI AWAL? -BROKER FORTFS BAKAL BERKUBUR SETELAH 9 TAHUN DALAM PASARAN

 


Broker ini dulunya dikenali sebagai Tradefort. Kemudian ia dijenamakan semula kepada FortFS iaitu nama singkatan dari Fort Financial Services.


Pejabat FORTFS di Asia


Broker ini adalah broker yang khabarnya dari Russia. Mempunyai dua pejabar di Asia iaitu Indonesia dan Malaysia. Erm.. memang agak pelik juga kenapa dua tempat ni je ada, bukankah ada Thailand, Philipine, Vietnam, Korea, Japan dan China di Asia ni?...




Link : https://www.fortfs.com/about/contacts.

Phone : +371 67 66 0716


Penjenamaan semula


Logo asal dan jenama asal :


Penjenamaan semula kepada Fort FS.


Petanda broker mula bermasalah:


Sebenarnya ada banyak cara untuk mengetahui sesuatu broker itu bermasalah. Salah-satunya adalah melihat dengan tarikh pendaftaran domain broker. Berikut admin senaraikan berberapa darinya;

1. Tarikh luput domain website
2. Masalah untuk akses cabinet trader
3. Masalah untuk withdraw
4. Banyak rungutan dibuat di laman sosial/forum internet
5. Broker membatalkan withdraw, profit dan memberi macam-macam alasan
6. Sibuk membuat promosi baru seperti bonus deposit dan macam-macam lagi tawaran 'pancingan'
7. MT4 tidak dapat diakses
8. Pejabat wakil syarikat mula ditutup....

Tarikh luput

Hasil carian admin di Who.is untuk domain https://www.fortfs.com/, di dapati ia bakal expired tahun ini iaitu pada 11 oktober 2021 selepas 9 tahun didaftarkan. 

Kemaskini adalah pada 02 oktober tahun lepas. 


Link untuk cabinet trader juga sudah disable sejak berberapa minggu lepas. Dari situasi yang berlaku sekarang nampaknya semua ini seakan sudah dirancang sejak dari awal lagi.

Jika sesuatu broker yang didaftarkan dalam tempoh terhad, ia berpotensi bakal lingkup. Apatah lagi jika broker tersebut menawarkan skim pelaburan seperti yang pernah ditawarkan oleh FXunited yang pernah kecoh suatu masa dahulu di Malaysia. Kini broker ini sudahpun lingkup.

Link : https://partner.fortfs.com/login


Ia secara tidak langsung akan menyukarkan trader membuat withdrawal kerana tidak dapat akses ke halaman cabinet trader. Ini petanda serius yang broker ini sudah mula mengabaikan pelanggan mereka.

Sesiapa yang masih mempunyai wang dengan broker ini disarankan lupakan sahaja kerana tiada apa yang dapat anda lakukan lagi.

Tawaran bonus yang agak 'aggresif' sejak penghujung bulan 2018...

Pelanggan broker ini pasti perasan email yang bertubi-tubi dihantar oleh broker ini sejak penghujung tahun 2018 diikuti pada 2019, 2020 dan awal tahun ini hinggalah satu masa, cabinet trader kononnya under maintenance dalam tempoh yang begitu lama. 

Ia adalah red flag kepada trader bahawa broker ini seakan mula mencari mangsa dan kini sudah mula melarikan diri.


Komplen dilaman forum internet/laman sosial

Hasil carian di website forexpeacearmy, ramai yang merungut kena scam dengan broker ini...


Link sila ke sini https://www.forexpeacearmy.com/community/search/73647/?q=fortfs&o=relevance

Daftar jika belum menjadi ahli forum.

Banyak betul komplen disitu dan rata-ratanya menyuarakan ketidak-puasan hati sebab tak dapat withdrawal sejak tahun lepas dan awal tahun ini.

Server hilang dari radar?..


Jika sudah tiada dalam radar ini sudah cukup jelas untuk mengatakan broker ini adalah scam.

Pengalaman admin bersama broker ini...

Admin adalah IB untuk broker ini sebelum admin beralih kepada broker lain. Admin pernah berdepan masalah ketika live trading dengan broker ini. Akibatnya admin pun berpindahlah dengan broker lain.

Admin cuba menghubungi wakil broker bertanyakan mengenai masalah tersebut namun respon-balas pihak broker agak mengecewakan. Admin cuba mendapatkan refund akibat kecuaian broker namun apa yang admin dapat adalah amaran kerana cubaan fitnah kepada broker. Hahahaa... apa lah broker ni. Dari situ admin berpendapat broker ini bermasalah dan tidak professional dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Admin tidak dapat sertakan sebarang bukti kerana bukti akses ke cabinet telah disekat juga tidak dapat lagi akses ke platform trading di bawah jenama broker ini.

Akhir kata..

Apa pendapat anda? Adakah broker ini scam atau semua ini bersifat sementara dan broker ini akan kembali seperti biasa dan tuduhan scam ini tidak berasas?

Admin sedia memperbetulkan artikel ini jika didapati admin salah-siar maklumat berkaitan broker ini.
Jika anda punyai sebarang pendapat silalah letak dibahagian komen ya.


Sekian dahulu.

30/07/21

By nazz at July 30, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Broker, Internet Detective, Investigation, scam

Wednesday, 7 July 2021

PERDAGANGAN CFD DIHARAMKAN DI AMERIKA?

Foto : City Index Singapore

Mengapa CFD tidak dibenarkan di AS?

Menarik untuk menunjukkan bahawa kontrak untuk perbezaan pada masa ini tidak diizinkan oleh penduduk AS (dan warganegara?) Kerana sekatan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa terhadap instrumen kewangan bebas. Ini agak aneh memandangkan mereka memerintah perdagangan di banyak pasaran lain di pasaran global sekarang dan menggantikan banyak keperluan untuk memperdagangkan pilihan untuk memanfaatkan, jadi sebahagiannya adalah untuk melindungi pendapatan pasaran pilihan di AS yang saya kira, dan melindungi mereka dari 'derivatif jahat yang akan menjadi akhir dunia', CDO jauh lebih selamat ya. Memandangkan tindak balas yang terlalu tinggi terhadap peraturan perdagangan di AS, CFD tidak dijangka akan mendapat lampu hijau dalam masa terdekat kerana leverage memberikan potensi untuk mengisi dengan cara yang luar biasa jika anda salah, seperti di masa depan.

Jadi mengapa CFD tidak tersedia untuk diperdagangkan? Sebab utama mengapa perdagangan CFD tidak tersedia untuk peniaga AS kerana ia bertentangan dengan undang-undang sekuriti AS. Instrumen kewangan over-the-counter, seperti CFD, sangat diatur melalui undang-undang seperti Dodd Frank Act dan dikuatkuasakan oleh SEC (Securities and Exchange Commission). Kuasa ini diberikan di bawah Tajuk Vii akta tersebut apabila CFD ditakrifkan sebagai pertukaran atau pertukaran berdasarkan sekuriti, kecuali jika dikecualikan sebaliknya.

Berita baik untuk pedagang luar Amerika!

Anda yang mahu berdagang CFD bolehlah membuka akaun di XMfxbroker dan mencuba modal $30 percuma bagi pedagang baru.

sumber

By nazz at July 07, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel, cfd

Friday, 11 June 2021

Lebih banyak wilayah China mengeluarkan larangan penggunaan cryptomining

SHANGHAI (Reuters) - Pihak berkuasa di wilayah barat laut China, Qinghai dan sebuah daerah di negara jiran Xinjiang memerintahkan agar projek perlombongan cryptocurrency ditutup minggu ini, ketika pemerintah tempatan mempraktikkan permintaan Beijing untuk menindak industri ini.

China menyumbang lebih daripada separuh pengeluaran bitcoin global, tetapi beberapa pelombong telah mempertimbangkan untuk berpindah ke tempat lain setelah Majlis Mesyuarat Negara, kabinet China, berjanji untuk mengekang perlombongan dan perdagangan bitcoin bulan lalu.

"Kami berdiri pada titik perubahan untuk industri perlombongan di Asia," kata Lei Tong, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan di Babel Finance, seorang pemberi pinjaman dan pengurus aset kripto yang berpusat di Hong Kong.

"Banyak penambang sekarang secara serius menilai kembali rancangan operasional masa depan mereka kerana persekitaran peraturan saat ini tidak menguntungkan untuk pertumbuhan dan skala perniagaan mereka."

Pejabat Qinghai Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, pada hari Rabu memerintahkan larangan projek cryptomining baru di wilayah itu, dan menyuruh yang sedia ada ditutup, menurut notis yang dilihat oleh Reuters dan disahkan oleh pegawai tempatan.

Photo : Oilprice

Cryptominers yang menyiapkan projek yang mengaku menjalankan data besar dan pusat pengkomputeran super akan dihukum, dan syarikat dilarang menyediakan laman web atau bekalan kuasa untuk aktiviti perlombongan.

Suruhanjaya Pembangunan & Pembaharuan Prefektur Changji Hui Xinjiang juga mengirimkan pemberitahuan pada hari Rabu, yang dilihat oleh Reuters dan disahkan dengan pegawai, memerintahkan pembersihan sektor ini.

Projek Cryptomining di Taman Pembangunan Ekonomi-Teknologi Zhundong nasional Xinjiang diperintahkan untuk ditutup.

Xinjiang adalah pusat perlombongan bitcoin terbesar di China, menyumbang kira-kira satu pertiga daripada jumlah kuasa pengkomputeran. Qinghai berada di tempat kesembilan, menurut data yang dikumpulkan oleh University of Cambridge.

China meningkatkan pengurangan cryptocurrency setelah kenaikan harga global dalam bitcoin menghidupkan semula spekulasi tempatan.

Selain langkah Majlis Negeri, tiga badan industri melarang perkhidmatan kewangan dan pembayaran berkaitan kripto, salah satu faktor di sebalik penjualan global yang secara ringkas menghapuskan $ 1 trilion dari permodalan pasaran kripto.

Kerajaan tempatan yang lain telah bertindak balas. Inner Mongolia, pusat perlombongan ketiga terbesar di China, telah menerbitkan draf peraturan untuk membasmi perniagaan dan pihak berkuasa di Sichuan, di tempat kedua, telah mengumumkan siasatan terhadap sektor ini.

"Mencari tujuan baru benar-benar terjadi dalam skala global dengan Amerika Utara dan Eropah antara tempat yang paling dicari, diikuti oleh negara-negara di Asia Tengah dan Timur Tengah," kata Tong dari Babel Finance.

Sumber -Reuters-

By nazz at June 11, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bitcoin, cryptocurrency, cryptomining

Lesap RM2.7 juta diperdaya 'love scam', 'parcel scam'

Kuala Lumpur: Tubuh syarikat bagi mewujudkan akaun bank sebagai helah untuk digunakan sebagai akaun pindahan wang sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM2.7 juta.

Itu helah licik digunakan sindiket penipuan 'love scam' dan 'parcel scam' yang dikesan aktif melakukan kegiatan itu sejak lima tahun lalu.

Malah, sindiket itu turut mengemukakan dokumen perjanjian pinjaman kepada mangsa bagi membuktikan seolah-olah urusan pinjaman berkenaan benar-benar sah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan itu daripada seorang wanita bekerja sebagai ejen hartanah berusia 44 tahun pada 15 April lalu.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan dia mengenali seorang lelaki dari Amerika Syarikat melalui media sosial, Tinder pada November 2020.

Katanya, lelaki itu mendakwa kononnya mempunyai perniagaan di negara ini dan tiba di Johor Bahru bagi menghadiri kursus.

"Bagaimanapun, lelaki itu memaklumkan dia ditahan di lapangan terbang sebelum meminta bantuan mangsa dari segi kewangan atas pelbagai alasan.

"Mangsa terpedaya dengan suspek yang turut menjanjikan perkongsian perniagaan bersama membuat pindahan wang berjumlah RM2.7 juta melalui 11 transaksi ke akaun milik sebuah syarikat dalam tempoh tiga bulan sejak awal tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, di sini, hari ini.

Mohd Kamaruddin berkata, bertindak atas maklumat diperoleh, pihaknya melakukan enam serbuan di Cheras dan Serdang, Selangor, bermula 8 pagi hingga 4 petang, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lima lelaki warga Nigeria serta seorang wanita tempatan dipercayai keldai akaun serta kekasih kepada salah seorang suspek lelaki berusia antara 27 hingga 43 tahun yang dipercayai terbabit dengan kegiatan itu.

"Kami turut merampas sebuah kereta bersama kunci, empat komputer riba, satu sijil pengesahan nikah, dua dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), satu geran kereta, 16 telefon bimbit, tiga modem berserta router, 15 kad ATM, empat rangkai kunci rumah serta kad akses, 20 kad sim, tiga pasport, satu cap syarikat dan wang tunai berjumlah RM2,823.

"Selain itu, kami turut mengambil keterangan seorang wanita tempatan sedang hamil berusia 30 tahun dipercayai keldai akaun yang terbabit dengan sindiket berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket itu dipercayai beroperasi secara berasingan dalam dua kumpulan berbeza dengan berperanan mencipta akaun palsu di media sosial serta mencari keldai akaun.

Katanya, kumpulan pertama ini akan mencipta akaun palsu di media sosial seperti Facebook, Instagram, Tinder dan lain-lain platfom untuk mencari kenalan serta berkomunikasi dengan mangsa sehingga mereka terpedaya hingga memberikan wang atas dasar kasihan atau cinta.

"Satu lagi kumpulan sindiket ini berperanan sebagai ejen pencari keldai akaun di dalam dan luar negara untuk menerima wang hasil penipuan kegiatan berkenaan.

"Kumpulan ini akan menerima komisen sebanyak 5 hingga 15 peratus daripada hasil penipuan bergantung kepada jumlah wang dimasukkan ke dalam akaun (keldai), manakala baki wang diserahkan kepada kumpulan pemegang akaun profil palsu (kumpulan pertama)," katanya.

Menurutnya, sasaran mangsa sindiket ini adalah individu terdiri yang masih bujang atau sudah berpisah dengan pasangan masing-masing.

"Sindiket ini akan mengambil kesempatan terhadap mangsa yang sunyi dengan menjalinkan hubungan istimewa secara dalam talian dan seterusnya menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan wang daripada mangsa.

"Antara taktik digunakan adalah bersubahat dengan individu tempatan untuk menyamar sebagai pegawai Kastam atau staf syarikat kurier bagi meyakinkan mangsa dalam proses pembayaran dan penerimaan parcel dihantar sebagai hadiah," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
Harian Metro

By nazz at June 11, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JENAYAH, PARCEL SCAM, scam

Sunday, 30 May 2021

CITI BANK TERSALAH TRANSFER USD900 JUTA..DAN USD500 JUTA DARIPADANYA TIDAK BOLEH DIDAPATKAN KEMBALI

 

Citigroup secara tidak sengaja memindahkan sejumlah $ 900 juta tahun lalu kepada sekumpulan pemberi pinjaman yang terperangkap dalam perselisihan pahit dengan syarikat kecantikan Revlon.

Pada hari Selasa, hakim persekutuan memutuskan bahawa penerima tidak perlu mengembalikan wang tunai.

Citi berhasrat untuk membuat pembayaran bunga kecil atas nama Revlon tetapi sebaliknya membayar pinjaman sepenuhnya. Dan beberapa pemberi pinjaman - yang telah menuntut Revlon dan Citi yang meminta pembayaran balik pinjaman - enggan mengembalikan sekitar $ 500 juta.

Secara tidak sengaja, penerima wang tunai diminta untuk mengembalikannya. Tetapi dalam kes ini, pemiutang mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pembayaran itu disengajakan, kata Hakim Jesse M. Furman dari Mahkamah Daerah A.S. di Manhattan dalam keputusannya.

"Untuk mempercayai bahawa Citibank, salah satu institusi kewangan paling canggih di dunia, telah melakukan kesalahan yang tidak pernah terjadi sebelumnya, dengan jumlah hampir $ 1 bilion, mungkin tidak masuk akal," tulisnya.

Citibank mengatakan bahawa ia sangat tidak setuju dengan keputusan itu dan bermaksud untuk membuat banding.

"Kami percaya bahawa kami berhak mendapatkan dana tersebut dan akan terus melakukan pemulihan sepenuhnya," kata Danielle Romero-Apsilos, seorang jurucakap Citi.

Robert Loigman, seorang peguam yang mewakili para pemiutang, mengatakan pelanggannya "sangat gembira dengan keputusan Hakim Furman yang teliti dan terperinci."

Hakim Furman, mengakui bahwa kemungkinan banding, membuat perintah penahanan sementara yang mencegah 10 firma pelaburan menggunakan uang tersebut.

Keputusan itu menggambarkan bagaimana perlindungan keselamatan "enam mata" Citi, yang memerlukan tiga orang untuk menyetujui transaksi sebelum ia dilaksanakan, rusak setelah kontraktor mencentang kotak yang salah pada bentuk pembayaran digital.

Sebilangan penerima menganggap pembayaran itu sebagai kejutan yang menggembirakan. Seorang pengurus portfolio di Allstate, salah satu pemiutang Revlon, menulis dalam mesej dalaman, "Tidak pasti jika ini salah, nampaknya sangat tidak mungkin."

Citi menemui kesalahan itu dalam sehari dan mengirimkan notis untuk mendapatkan kembali wang tunai - yang kebanyakannya berasal dari dana sendiri, bukan Revlon - tetapi beberapa penerima, termasuk Allstate, menolak.

Hakim Furman mengatakan keputusannya mungkin berbeza jika dia dapat "menulis di papan tulis kosong" tetapi preseden itu memaksanya untuk mendapatkan permintaan pemiutang.

"Walaupun kesalahan yang menimbulkan kes ini mungkin merupakan peristiwa pepatah Black Swan, dan oleh itu risiko berlakunya berulang mungkin kecil, industri perbankan dapat - dan akan bijak - menghilangkan risiko," tulisnya.

SUMBER

By nazz at May 30, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: citi bank
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates