PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Tuesday, 23 February 2021

Sebulan kemudian... GBPUSD hit 1.4000 seperti dijangka

Pada 13 januari bulan lepas, admin ada post mengenai GBPUSD yang dijangka akan ke 1.40000. Setelah sebulan berlaku, pair ini pun mengena pada sasarannya iaitu 1.4000.

Entry terdahulu > https://www.pullbackforex.com/2021/01/gbpusd-14000.html

Perlemahan dollar diikuti dengan tiada berita rate negatif oleh Bank of England antara yang memacu matawang GBP ini untuk terus bullish. Secara tidak langsung ia mengenai sasaran pada januari iaitu ke harga 1.40000 terhadap dollar.

Ramalan ke harga tersebut dibuat lebih awal tanpa ada rujukan dari fundamental tetapi hanyalah berlandaskan teknikal semata-mata.

Kesimpulannya, sesiapa juga boleh melakukan hal yang sama tanpa perlu bimbang apa yang berlaku secara fundamentalnya kerana apa yang penting adalah hala-tuju berdasarkan teknikal. -yang penting trade tersebut dikawal dengan risk management dan money management yang betul sahaja.

What's next?

Admin sempat mengambil peluang untuk reentry buy pair ini pada ketika ia membuat retracement dari 1.3900 ke 1.3850 dan memasuki buy. Pada ketika artikel ini ditulis pula, GBPUSD sedang pullback atas 1.4000 dan kini retest area 1.4100 dan jika tembus, 1.4200 adalah sasaran berikutnya.


Apa pendapat anda? Perlukah buy atau sell selepas ini?

Berminat untuk belajar dan ikuti live trade teknikal bersama admin? Jom sertai membership di sini www.cspro.pullbackforextrading.com

-ADMIN-



By nazz at February 23, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Friday, 5 February 2021

ELON MUSK MASIH MANUSIA TERKAYA 2021


Baru lima hari berlalu di tahun 2021, Elon Musk telah mengalahkan Jeff Bezos untuk menjadi orang terkaya di dunia pada tahun 2021 dengan nilai bersih peribadi $ 188 bilion.

Pada ketika pasaran saham di paras terendah pada Mac 2020, saham Tesla melonjak naik 1,030% kepada $ 816 sesaham. Elon Musk kebiasaannya memiliki sekitar 241 juta saham tersebut, menjadikan pengumpulan kekayaannya menjadi terlalu banyak dalam jangka masa yang singkat.

SOURCE

By nazz at February 05, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: billionaire, billionaire index, richest person

Wednesday, 27 January 2021

Suri rumah rugi RM2.08 juta ditipu 'pegawai polis' bergelar 'Datuk'

credit : berita harian

MELAKA: Seorang suri rumah kerugian RM2.08 juta akibat ditipu sindiket 'Macau Scam', yang menyamar sebagai pegawai polis bergelar 'Datuk' dengan mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintenan E Sundra Rajan berkata, wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Januari lalu.

Beliau berkata, wang berkenaan adalah simpanan mangsa dan wasiat peninggalan keluarganya.

"Melalui aplikasi WhatsApp, suspek menunjukkan kepada mangsa waran tangkap dan surat pembekuan aset, selain mengarahkan wanita itu memberikan butiran akaun bank bagi tujuan siasatan. Mangsa yang keadaan ketakutan, memberikan butiran akaun bank kepada suspek.

"Mangsa turut memberikan nombor 'One Time Password' (OTP) enam digit kepada suspek, sebelum mula berasa curiga dan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, pihak bank kemudian memaklumkan terdapat 164 kali transaksi pemindahan wang melalui 'DuitNow', berjumlah RM2.08 juta ke 16 akaun bank berbeza, sebelum membuat laporan polis selepas menyedari ditipu.

Katanya, semakan polis menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule mendapati, nombor telefon yang digunakan suspek iaitu 014-7410772 terbabit dengan 13 laporan lain, membabitkan operandi sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan lain, Sundra Rajan berkata seorang pegawai bank berusia 57 tahun rugi RM24,500, akibat ditipu sindiket jual beli wang lama di laman sosial Facebook.

Beliau berkata pada 14 Disember tahun lalu, lelaki berkenaan menerima mesej daripada seorang lelaki mendakwa warga Amerika menggunakan nama 'Smith Dion Ryan' yang juga pengumpul wang lama dan berminat membeli wang lama mangsa yang diiklankan pada harga USD$150 (RM607).

"Mangsa kemudian bersetuju berurusan dengan suspek dan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek di talian +1(604)7062606 mengatakan bayaran dibuat ke akaun mangsa.

"Namun disebabkan pembayaran dari luar negara suspek mendakwa mangsa perlu membuat bayaran caj yang dikenakan untuk melepaskan wang berkenaan daripada ditahan pihak bank," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pembayaran berjumlah RM24,500 ke lima akaun berbeza yang diberikan suspek, namun mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas wang yang dijanjikan untuk pembelian wang lama itu tidak diterima.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan tawaran jual beli wang lama dari mana-mana pihak yang diragui. - BERNAMA

SUMBER

By nazz at January 27, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: macau scam, scam

Friday, 15 January 2021

Bitcoiner Kehilangan Kata Laluan kepada 7,002 Bitcoin bernilai hampir RM1 BILLION


Gambar : File/Twitter
Seorang bitcoiner telah berkongsi kisahnya tentang bagaimana dia kehilangan akses kepada 7,002 bitcoinnya, bernilai sekitar $ 240 juta pada harga semasa. Dia telah kehilangan sehelai kertas di mana dia menulis kata laluannya dan kini tinggal dua tekaan sebelum perantinya menyulitkan kandungannya selama-lamanya.

carian : https://www.xe.com/

7,002 Bitcoin bernilai $ 240 Juta dalam risiko

Stefan Thomas, seorang programmer kelahiran Jerman yang tinggal di San Francisco, tidak dapat mengakses 7,002 bitcoinnya, yang bernilai hampir $ 240 juta(hampir RM1 Billion) pada harga semasa ketika ini, lapor New York Times Selasa.

A painful memory. I hope others can learn from my mistakes. Test your backups regularly to make sure they are still working. An ounce of foresight could have prevented a decade of regret.

That said, I'll do what I always do which is focus on building things, e.g. @Interledger. https://t.co/pCgObeAf4Z

— Stefan Thomas (@justmoon) January 12, 2021

Dia menyimpan kunci peribadi untuk bitcoinnya pada cakera keras kecil yang disulitkan yang dikenali sebagai Ironkey, dan menulis kata laluan ke peranti itu di atas kertas. Namun, dia mengatakan bahawa dia kehilangan sehelai kertas tempat dia menulis kata laluan tersebut bertahun-tahun lalu. Peranti ini memberi pengguna 10 tekaan sebelum menyulitkan kandungannya selama-lamanya. Dia telah menggunakan lapan daripada 10 peruntukan dan tidak satu pun berhasil. Dia dipetik sebagai berkata:

Saya hanya akan berbaring di atas katil dan memikirkannya. Kemudian saya akan pergi ke komputer dengan beberapa strategi baru, dan itu tidak akan berjaya, dan saya akan lebih terdesak lagi.

Thomas menjelaskan bahawa dia tertarik kepada bitcoin kerana ia berada di luar kawalan-selia negara atau syarikat. Dia diberi 7,002 bitcoin pada tahun 2011 ketika tinggal di Switzerland oleh pengguna/pelombong terawal bitcoin untuk video animasi terkenal yang berjudul "Apa itu Bitcoin?"

Tidak dapat mengakses bitcoinnya sementara nilainya melambung tinggi, jatuh, dan melambung tinggi semula telah membuat Thomas memikirkan idea untuk menjadi banknya sendiri dan memegang wangnya sendiri. "Seluruh idea adalah menjadi bank anda sendiri -  Alasan kita mempunyai bank adalah kerana kita tidak mahu menangani semua perkara yang dilakukan oleh bank," katanya.

Walaupun begitu, pengaturcara itu mengatakan bahawa dia kini mempunyai akses kepada bitcoin yang cukup untuk membuatnya lebih kaya. Di samping itu, dia juga menyertai startup cryptocurrency Ripple pada tahun 2012 dan diberi penghargaan XRP. Ripple kini menghadapi tuntutan mahkamah oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) mengenai XRP.

Thomas mengatakan bahawa dia telah meletakkan Ironkey-nya di tempat yang selamat sekiranya kriptografer dapat memecahkan kata laluan yang kompleks di masa hadapan. Menekankan bahawa dia menjauhkan alat peranti tersebut dari dirinya untuk mengelakkan terobsesi untuk membukanya. Dia menyimpulkan:

Saya sampai pada satu titik di mana saya berkata kepada diri sendiri, 'Biarkanlah masa berlalu, hanya untuk kesihatan mental diri sendiri.'

“I would just lay in bed and think about it,” Mr. Thomas said.Credit...Nicholas Albrecht for The New York Times

 P.S. : Semoga beliau berjaya menyelesaikan masalah password tu ye..

SUMBER

NYTimes

By nazz at January 15, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bitcoin

Wednesday, 13 January 2021

GBPUSD 1.4000 ?

 

GBPUSD dibuka melemah pada awal minggu ini iaitu pada isnin. Setelah menyentuh major RBS 1.3472, price tidak tunggu lama untuk terus pullback naik.

Dari overall picture ini nampak ada kemungkinan pair ini hendak naik semula ke 1.4000 setelah kali terakhir price jejak area ini pada 2018 lepas.

Akan tetapi confirmation untuk buy setup ini adalah hanya jika cs weekly minggu ini closed sebagai strong bullish sahaja. Maksudnya plan ini akan trigger pada minggu hadapan sahaja bergantung apa yang berlaku pada minggu ini.

Berdasarkan H4, trend dikira 'confirmed' sebagai uptrend apabila break TL(trendline) dan closed di atas EMA21 berwarna merah seperti dalam gambar.

Entry buy akan dibuat jika price retest area TL kemudian pullback. TP area adalah di weekly high 1.3700 dan juga 1.3750.

SL adalah pada last low selepas signal rejection terbentuk.

Strong buy
- Buy jika price break atas 1.3700 kemudian pullback ke atas.

Abaikan plan buy jika price jatuh semula ke bawah TL.

-ADMIN-


By nazz at January 13, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates