PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Tuesday, 15 December 2020

GBPAUD DAN USDCAD - POTENSI REVERSAL

Dua pair ini menjadi fokus utama minggu ini. USDCAD dan GBPAUD. Sebab utama adalah seperti yang diterangkan di bawah.

GBPAUD


Pada timeframe Weekly, kita dapat lihat pair ini sedang berada di paras historical low 2019 tetapi minggu lepas ia buat low yang lebih rendah berbanding low bulan sebelumnya.

Pada waktu begini biasanya retracement atau pullback akan berlaku. Akan tetapi disebabkan momentum lebih kepada turun, so risiko ia terjun masih ada.


Pair GBPAUD ni mempunyai range yang besar, so maksudnya potensi pun besar juga lah asalkan tahu mana nak masuk.

Dalam gambar adalah plan buy berdasarkan apa yang sudah diterangkan berdasarkan situasi di Weekly, iaitu dijangka akan berlaku retracement sebab dah mencecah historical low. Reentry masih akan dibuat jika logik market masih ada kecuali jika sudah break  low atau closing price minggu lepas, so buy tak akan dibuat lagi lah.

USDCAD

Tahun ini menjadi tahun yang agak volatile untuk pair ini sebab ia sudah buat new high yang menyentuh semula high 2015. Ia mula menjadi downtrend apabila gagal menembusi harga tertinggi tersebut seterusnya membentuk double top di TF Weekly dan Monthly. 



Lihat pada TF Weekly, kita dapat lihat secara jelas fresh new low sudah terbentuk minggu lepas. Dalam masa yang sama juga sudah menyentuh ke historical SNR dan biasanya ia akan mengulang semula history lama ini.

Bak kata pepatah, history always repeat itself!


New high berbanding 2019 dan new low juga berbanding 2019 iaitu tahun sebelumnya. So dalam keadaan ini, historical low dan SNR tahun2 lepas akan menjadi panduan untuk turning point dan juga entry point.


Plan trading adalah buy, tapi syarat-syarat buy adalah price mestilah membentuk structure dan break rule2 sell. Dalam situasi ini price mestilah pullback atas SBR 1.2773. SL area adalah di 1.2720 dan TP adalah di Low bulan lepas.

More about this strategies! Sila ke sini.

ADMIN
15/12/20

By nazz at December 15, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPAUD, USDCAD

Tuesday, 24 November 2020

JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?


KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim pelaburan palsu.

Lelaki berusia 42 tahun, dengan nama Joe Kedah, diduga membuat aplikasi bernama EssenceFX di mana dia menjanjikan pulangan pelaburan antara 5% dan 8%. Sekurang-kurangnya 72 orang melabur sejumlah RM20.5 juta sebelum permohonan dimatikan awal tahun ini. Ketika itulah mereka menyedari bahawa mereka telah ditipu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan (CCID) Datuk Zainuddin Yaacob berkata polis melancarkan serbuan di Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam dan Kajang dan menangkap 10 suspek, termasuk seorang wanita Malaysia dan seorang wanita Indonesia, pada 19 November.

Sebuah Ford Mustang, Porsche Macan, empat kereta BMW, sebuah Audi, sebuah Range Rover Evoque dan dua Toyota Vellfire bernilai RM1.21 juta disita.

"Dalang dan teman wanitanya Indonesia ditangkap di sebuah kondominium mewah di Shah Alam," katanya.

(Difahamkan, dia memandu Ford Mustang dan Range Rover dan tinggal di sejumlah harta tanah berjuta-juta ringgit.)

Bercakap kepada pemberita semalam, Comm Zainuddin berkata. "Siasatan kami menunjukkan bahawa dalang mengupah ejen untuk mencari pelabur."

Katanya, polis menerima 72 laporan mengenai perkara itu dan membuka 28 kertas siasatan yang melibatkan kerugian kira-kira RM20.52 juta.

Semasa serbuan, polis juga merampas 17 telefon bimbit, tujuh komputer riba, empat komputer meja, 14 kad ATM, empat setem syarikat, wang tunai RM10,000 dan dokumen yang berkaitan dengan pelaburan.

Semua suspek direman selama lima hari.

"Siasatan kami menunjukkan bahawa sindiket tersebut membuat EssenceFX(broker forex) untuk menipu mangsa dan apabila aplikasinya mulai offline pada awal tahun ini, para pelabur pun mula merasa cemas.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai janji-janji keuntungan tinggi.

"Anda harus menghubungi Suruhanjaya Keselamatan, Bank Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum melakukan pelaburan," katanya.


SUMBER

Penafian : artikel ini bukan tulisan admin. Sila ke sumber yang diberikan untuk artikel asal.

By nazz at November 24, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berita, scam

Monday, 23 November 2020

SINDIKET JOE KEDAH TUMPAS

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan pelaburan Forex yang didalangi 'Joe Kedah' hingga membabitkan kerugian hampir RM21 juta tumpas dalam serbuan polis, Khamis lalu.

Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan JSJK Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam dan Kajang, Selangor itu berjaya memberkas 10 individu termasuk 'Joe Kedah'.

Difahamkan, Joe Kedah, 42, ditahan bersama kekasihnya warga Indonesia di sebuah kondominium di Shah Alam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tangkapan dibuat susulan 72 laporan polis berkaitan penipuan pelaburan Forex itu diterima apabila kesemua mangsa mendapati platform pelaburan itu tidak boleh diakses.

"Sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu menjanjikan keuntungan lima hingga lapan peratus setiap bulan melalui satu platform menggunakan satu aplikasi.

“Siasatan mendapati sindiket terbabit telah mengaut keuntungan hampir RM21 juta," katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.

Zainuddin berkata, serbuan ini telah bertindak merampas 10 buah kereta mewah jenis Porsche Macan, Ford Mustang, Audi, Range Rover Evoque, dua Toyota Vellfire dan empat buah BMW.

“Kesemua suspek berusia 24 hingga 42 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Zainuddin, dalam usaha membanteras kegiatan pelaburan haram, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran, kenyataan dan janji palsu sindiket.

"Semak dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti alert list Bank Negara Malaysia, Security Commission dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum melakukan pelaburan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ket-penipuan-Forex-didalangi-Joe-Kedah-tumpas
Kredit Foto: PDRM

















Komen: Selain terlibat skim penipuan, suspek juga memiliki syarikat penerbitan. Mungkinkah ia sebagai usaha untuk money laundering? 

Sumber


Penafian: Artikel ini diambil dari sumber lain dan bukanlah mewakili admin mahupun dari penulisan admin kecuali komen admin.

By nazz at November 23, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: scam, SKIM CEPAT KAYA

Wednesday, 18 November 2020

TMA INDICATOR

 



KLIK SINI

By nazz at November 18, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: indicator

Tuesday, 17 November 2020

MACD COLOURED INDICATOR

 


KLIK SINI

By nazz at November 17, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: indicator
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates