Pada entry sebelum ini admin sudah kongsikan entry awal admin iaitu buy GBPUSD. Pair ini sudah break trendline tapi pada hari ini ia agak slow dan tak banyak pergerakan yang dapat dilihat.
GU ada potensi buy lagi jika pullback atas 1.3100 atas faktor SNR iaitu ia sudah menjadi RBS.
Admin akan update lagi di waktu yang lain.
-ADMIN-
Thursday, 23 January 2020
Tuesday, 14 January 2020
GBPUSD BUY AWAL
Salam semua..
Minggu ke-3 dalam januari 2020, admin plan untuk buy GBPUSD dengan 1.3494/1.3500 sebagai sasaran.1 halangan yang menjadi rintangan utama adalah major TL selepas TL tebal perlu ditembusi. Jika berjaya maka ada harapan sikit la untuk ke sasaran.
Akan tetapi trade ini akan ditutup manually jika price terus drop bawah 1.2900 atau jika ia naik tetapi signal sell terbentuk di D1 atau H4.
Let see adakah plan ini berjaya atau sebaliknya.
-ADMIN-
Wednesday, 8 January 2020
PERANG IRAN-AMERIKA PELUANG PEMBELI GOLD UNTUNG BESAR
PERANG IRAN-AMERIKA PELUANG PEMBELI GOLD UNTUNG BESAR
Samseng Amerika buat hal lagi selepas perang dagang AS-CHINA.. Kali ni bunuh Jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani pula. Ia membangkitkan kemarahan dan Iran pula bakal membalas dendam serta menawarkan US80 juta untuk kepala presiden Amerika, Donald Trump.
Kacau bilau macam ni akan membawa pelabur untuk membeli emas pula.. Untuk rekod, emas bergerak bullish sejak pertengahan tahun lepas dan sempat admin kongsikan di channel telegram admin.
Channel telegram : KLIK SINI
-ADMIN-
Monday, 6 January 2020
PAK MAN TELO - PELOPOR SKIM CEPAT KAYA DI MALAYSIA

Sebut sahaja nama 'Pak Man Telo' pasti ramai yang mengenalinya terutama yang hidup di era 70-80an. Berikut sedikit kisah mengenai Pak Man Telo.
Siapa Pak Man Telo?
Pak Man Telo atau nama sebenarnya Osman Hamzah merupakan bekas wartawan di akhbar Warta Negara pada 1960-an. Insan yang berasal dari Taiping Perak ini kemudianya menyertai Bernama sebagai wartawan sambilan beberapa tahun kemudian.
Walaupun bermula sebagai seorang wartawan, Pak Man boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai cita-cita besar untuk menjadi seorang jutawan. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, dia telah menubuhkan sebuah syarikat dan menjalankan skim cepat kaya yang diberi nama Skim Pestama Berhad pada akhir 1970-an.
Pada tahun 70-an dan 80-an, skim cepat kaya atau MLM adalah sesuatu yang agak baru dan kurang diketahui oleh orang ramai. Oleh itu Pak Man Telo boleh dikatakan
antara pengasas terawal skim MLM atau skim cepat kaya di Malaysia.
Pada awal-awal tahun skim ini dijalankan, skim ini menawarkan pulangan bulanan antara 10-12% sebulan dan dibayar setiap bulan tanpa gagal.
Ada diantara peserta awal skim pelaburan ini berjaya menjadi jutawan segera. Ini menyebabkan orang ramai menjadi rambang mata untuk menyertai skim ini.
Ditangkap dan didakwa
Pada penghujung tahun 80an, skim yang dijalankan ini mula goyah. BNM membuat serbuan ke rumahnya dan merampas wang tunai sebanyak RM1.7juta. Pada 13 mac 1990
Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengutip deposit tanpa lesen dan dijatuhkan hukuman pada keesokan harinya. Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM250 ribu atau setahun penjara.
Denda RM250 ribu itu dibayar secara tunai. Wang rampasan RM1.7juta juga diarahkan oleh mahkamah untuk dipulangkan kerana tiada undang-undang yang membenarkan BNM merampas wang tersebut.
Walaupun didapati bersalah, namun penyokong-penyokong Pak Man Telo yang berada diluar perkarangan mahkamah menyambutnya dengan gembira sambil bersorak 'HIDUP PAK MAN TELO.'
Populariti meningkat, pelaburan bertambah
Kemuncak skim pelaburan ini berlaku pada tahun 90an di mana selepas serbuan dan pendakwaan di mahkamah pada waktu itu, populariti Pak Man Telo meningkat ke seluruh negara dan semakin ramai orang awam menyertai skim pelaburan ini.
Zaman kejatuhan
Pada bulan september 1990, pelabur mula rasa curiga dengan skim ini kerana dividen yang dijanjikan sudah mula tidak dibayar ke akaun bank mereka seperti sebelumnya.
Dividen pula mula dikurangkan dari 12% kepada 5% sahaja. Ramai pelabur datang kerumah Pak Man untuk meminta penjelasan. Alasan yang diberikan, masalah kemelesetan ekonomi dunia akibat perang teluk pada waktu itu.
Selain itu dia juga menyalahkan ejen-ejennya yang dikatakan menyeleweng wang.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila tiada pembayaran dibuat pada tahun januari 1991. Kekecohan berlaku apabila ramai pelabur berkumpul di rumahnya dan merosakan kenderaannya. Sebulan kemudian sekumpulan 6 orang lelaki menculik seorang anak lelaki Pak Man Telo dan mengurungnya di hotel Tropicana,Kuala Lumpur selama seminggu. Mereka menuntut Pak Man Telo membayar wang sebanyak RM430 ribu namun mereka telah berjaya dikesan dan diberkas oleh pihak polis.
Diberkas polis dan didakwa lagi
Pak Man Telo diberkas polis Bukit Aman apabila berberapa pelabur skimnya membuat laporan polis terhadapnya.
Hasil siasatan BNM, Pak Man Telo didakwa sekali lagi di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit dari kira-kira 50,000 pelabur dengan wang yang dianggarkan sebanyak RM99.09 juta tanpa lesen.
Pak Man Telo mengakui tidak mengetahui jumlah sebenar kerana tiada rekod transaksi wang yang dikutip pada waktu itu.
Pak Man Telo mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2 juta.
Bersalah untuk kali ke-2
Selesai perbicaraan pada 02 mac 1992, Pak Man Telo didapati bersalah lagi untuk kali ke-2 dan kali ini dijatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000. Hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan iaitu pada 17 julai 1991.
Pak Man Telo gagal membayar denda RM500,000 lalu dihukum penjara lagi selama setahun bermula pada 2 mac 1992.
Berakhirnya hidup Pak Man Telo
Pak Man Telo dibuang daerah dan hidup menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelakinya di Kuala Berang, Terengganu. Pak Man Telo memulakan hidup baru dan menyara keluarganya dengan membaiki Radio dan TV.
Pada 22 disember 1997, Pak Man Telo yang berusia 70 tahun meninggal dunia akibat sakit tua. Dengan itu berakhirlah hidup seorang pelopor skim cepat kaya terawal di negara ini.
Tonton video mengenai Pak Man Telo.
Credit video to : Detektif Mat Despatch
Wednesday, 1 January 2020
REZEKI NEW YEAR 2020

Alhamdulillah..
Di awal tahun ini admin ucapkan selamat tahun baru 2020 dan semoga tahun ini tahun gemilang untuk kita semua. amin..
analisa terdahulu : https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/analisis-311219.html
Mujurlah admin sempat semak kedudukan price dan pivot. Kaedah pivot point ini secara tak langsung membantu untuk entry tepat pada waktunya, oleh itu kaedah klasik ini juga wajat anda pelajari.
Alhamdulillah, dapatlah sedikit profit hasil entry ini.
-ADMIN-
Subscribe to:
Posts (Atom)