PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Tuesday, 31 December 2019

ANALISIS 31/12/19

Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Admin ingin kongsikan serba sedikit trade plan admin untuk minggu ini dari 31/12/19 hingga 03/01/20

GBPUSD

GBPUSD kembali di atas 1.3000 selepas retest bawah 1.2950. Kenaikan ini memberikan hint ia bakal naik semula selepas krismas lepas.

Entry pilhan admin : Buy pada pullback di area 1.3100 atau 1.3000. Tf sesuai adalah H1 ataupun H4. SL di 1.2990. TP area 1.3300.

USDJPY

USDJPY break major trendline. Ia petanda kepada downtrend di permulaan trend. Akan tetapi sebelum ia memulakan penurunan, ia perlulah membentuk stuktur downtrend iaitu pullback semula di bawah trendline atau 109.27.

Plan admin : Sell jika retest semula broken trendline atau 109.27. SL area adalah 10 pip di atas 109.30. TP area 108.00

Penafian : Kesemua trade plan ini adalah berdasarkan satu pilihan arah sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja, bertujuan untuk pembelajaran dan bukannya nasihat pelaburan/perdagangan anda.

-ADMIN-
By nazz at December 31, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD, USDJPY

Friday, 27 December 2019

3 CANDLE REVERSAL BAGI 1K USD PROFIT

Hari ni Jumaat, 27/12/19, buy signal terbentuk di TF D1 di mana formasi 3 candle reversal terbentuk. Peluang ini di manfaatkan sepenuhnya dengan membuka buy trade di atas daily pivot.

Pada waktu artikel ini ditulis, price sudah pun menghampiri R3. Adakah ia mampu mencapainya atau bakal reversal ke bawah? Apa-apa pun yang penting sudah breakeven. Jika terdapatnya cs reversal(sell), maka entry ini akan ditutup manual.





UPDATE : Trade ini akhirnya TP pada jam 10pm



Bagi yang mahu belajar lebih lanjut bolehlah muat-turun secara percuma di halaman ini.


Yang tulus, ikhlas,

ADMIN
By nazz at December 27, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPUSD

Tuesday, 24 December 2019

KENAPA PERLU IKUTI APA YANG DILIHAT DAN BUKAN YANG DIFIKIR

KENAPA PERLU IKUTI APA YANG DILIHAT DAN BUKAN YANG DIFIKIR DAN TIPS UNTUK MENGHADAPINYA

Serik dengan loss dan terkena entry price reversal adalah punca kenapa ada sesetengah trader akan membuat tekaan sendiri yang melawan arah pada ketika itu dan bukannya mengikuti arah tersebut.

Takut akan tersalah arah, kita akan mula berfikir dahulu dan kemudian entry lawan arah. Ini ditambah pula dengan signal lawan arah yang terbentuk pada waktu yang sama menambah lagi keyakinan untuk entry lawan arah.

Tahukah anda semakin lama anda merenung chart, semakin banyak yang anda akan fikir untuk buat termasuk mengubah posisi betul kepada salah dan menambah-nambah entry salah sebab tak mahu terima kerugian?

Picking top dan bottom

Pada waktu ini, ia lebih dikenali sebagai 'picking top' dan juga 'picking bottom' iaitu price turun kemudian buy dibuat atau ketika naik, sell dibuat walhal ia akan naik lagi atau turun lagi.

Sistem pertahanan yang perlu ada pada anda

Masuk buy, float turun ke SL, cutloss buy kemudian tukar kepada sell. Masuk sell, price naik ke SL kemudian cutloss sell tukar kepada buy.

Pernahkah anda melalui situasi di atas? Jangan malu untuk mengakuinya kerana admin akui admin juga melalui keadaan yang sama sewaktu proses belajar dahulu. Inilah pembelajaran penting untuk mengenal-diri dan mencari kelemahan untuk diperbaiki. Oleh itu admin faham kenapa ia dilakukan seperti itu. Antara faktor utamanya adalah;
  1. Tak yakin entry
  2. Takut salah/loss
  3. Takut terlepas peluang entry
  4. Tidak mahu mengaku kalah dan masih mahu sentiasa betul
Untuk melalui semua ini dengan yakin dan tenang tanpa ada perasaan takut, kurang yakin mahupun tidak mahu mengalah untuk rugi, anda perlu perbetulkan minda anda dan terima semua ini sebagai sebahagian dari perniagaan dan bukan perjudian untuk sentiasa menang. Untuk sentiasa menang itu adalah mustahil kerana dalam dunia professional trading bukanlah 99% itu bagus tetapi bagaimana untuk lebih banyak tepat berbanding salah itulah yang bagus. Ini bermakna, salah itu akan ada, dan rugi juga akan ada.

Anda perlu sistem pertahanan yang membolehkan anda kebal dari 4 perkara yang menyumbang kepada mengikuti apa yang anda fikir dan bukannya yang anda lihat.

Mempunyai sistem pertahanan bermaksud anda sudah boleh elakkan dan mengurangkan dari membuat kesilapan dalam trading.

Poin penting adalah berikut;
  • Tahu arah utama 
  • Tahu limitasi trend itu
  • Tahu apa ciri-ciri atau syarat untuk salah
  • Tahu untuk berhenti
Tahu arah utama

Ini merupakan asas paling utama dalam trading tak kiralah saham, komoditi atau index apatah lagi forex. Trend is your best friend! Oleh itu ikutilah trend dan bukannya lawan trend. Trend utama adalah trend di timeframe yang lebih besar. Semakin trending maka semakin baguslah trend itu.

Tahu limitasi trend itu

Walaupun kita tidak tahu bilakah trend akan berubah atau berakhir, yang penting kita tahu adakah kita dipenghujung atau bukan. Untuk tahu dipenghujung, maka lukislah SNR di timeframe yang lebih besar seperti D1, Weekly atau Monthly. Perhatikan trend semasa, adakah sudah sampai ke SNR ini atau belum. Jika sudah sampai, maka ia mungkin dipenghujung. Oleh itu tunggu ia rejected ataupun break, kemudian barulah ikuti arah tersebut.

Tahu ciri-ciri atau syarat untuk salah

Ia nampak susah tapi sebenarnya tidak. Ini kerana, sebagai contoh, anda trade berdasarkan candlestick signal dan anda membuat entry buy atas support setelah candle bullish hammer terbentuk. Maka syarat untuk salah sudah pastilah jika candle selepas hammer itu break dan closed di bawah hammer tersebut. Oleh itu anda dikira sebagai silap/ Oleh itu jika silap, maka exitlah trade tersebut.

Tahu untuk berhenti

Poin terakhir ini adalah segala-galanya. Tiada guna jika anda tidak mahu mengalah tetapi hakikatnya anda tetap salah dan market sentiasa betul. Ada masanya kita perlu mengaku kalah, berhenti seketika dan kembali apabila keadaan sudah OK. Berhenti bukanlah maksudnya anda sudah putus-asa atau tidak mahu bangkit semula tetapi berhenti sebab nak perbaiki strategi anda.

Ada masanya memang market ini sudah diluar dari jangkaan dan sukar untuk mendapatkan entry yang bagus. Oleh itu, itulah tanda sebenarnya anda perlukan rehat dan menyusun semula strategi untuk kembali lebih baik nanti.

Kesan mengabaikan kesemua poin di atas

Kesannya tak lain adalah anda akan bergelut dengan jangkaan arah mengikut perasaan, entry ikut perasaan dan sering bersusun-susun loss hinggalah akaun anda margin call. Hakikatnya anda atau sesiapa sekalipun takkan mungkin dapat kalahkan market ini. Apa yang perlu sebenarnya adalah ikuti saja ke mana market ini pergi dan itulah caranya untuk menang.

Sekiranya anda tidak tahu arah utama di timeframe besar, anda akan sering meneka arahnya dengan cutloss entry salah dan tukar kepada entry lain walhal entry awal itu adalah betul

Anda akan sering pick top untuk sell dan pick bottom untuk buy sebab 'rasa-rasa' ia akan reversal di situ walhal tidak.

Anda tidak tahu anda sebenarnya salah, maka anda hold floating loss anda hingga ke margin call.

Tidak tahu berhenti, anda terus membuat deposit, entry ikut emosi, beli semua panduan nota, ebook, masuk kelas dan berbelanja ribuan ringgit untuk semua tujuan itu tetapi anda sebenarnya tidak ke mana-mana hinggalah anda sedar bahawa basic yang anda pelajari itu, itulah jawapan yang anda perlukan. WHY? Kerana pada ketika anda sedar ini, market sebenarnya sudah kembali normal dan anda sudah boleh kembali profit semula.


Sekian,

ADMIN
24/12/19

By nazz at December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel

Tuesday, 17 December 2019

WORK HARD TAK SESUAI DALAM TRADING! ANDA PERLU WORK SMART

WORK HARD(BEKERJA KERAS) TAK SESUAI DALAM TRADING? AGAKNYA KENAPA?

Kecuali anda seorang scalper tegar, anda tidak boleh bekerja keras kerana tak sesuai langsung. Menjadi scalper hardcore bukanlah personaliti yang sesuai untuk semua orang tambahan lagi jika anda mempunyai pekerjaan tetap dan hanya merancang untuk trade secara part time.


Work hard atau kerja keras hanya sesuai kepada IB, MIB ataupun yang buat affiliate untuk dapatkan extra income selain trading. Oleh itu hanya golongan ini sahaja yang akan bekerja keras. Jika anda mahukan trading secara santai dan kurang stress, anda sebetulnya perlu work smart!

WORK SMART

Untuk menjadi trader yang success dan kurang stress,  adna sebenarnya hanya perlu work smart.
Mari kita lihat lihat apakah yang dimaksudkan dengan work smart dalam forex trading.
  • Gunakan modal yang sesuai
  • Risk minima, TP maksima
  • 2-3 entry seminggu
  • Trade ikut arah timeframe besar
  • Mempunyai money management
  • Fokus jangka panjang
Ok mari kita kupas satu demi satu..

Modal sesuai
Teringat kata-kata cikgu admin dulu, kalau guna modal kecil bila nak kaya? Ada betulnya tapi admin kenal juga trader yang boleh gandakan modal bawah 10 usd kepada ratusan USD dalam masa singkat. Bukan sahaja pulangan tinggi malah konsisten. Akan tetapi trader ini sendiri mengakui bahawa ia adalah sangat berisiko dan ia tak berlaku sepanjang masa.

Okeylah, kembali kepada modal. Admin perasan ada ramai trader yang struggle nak menggandakan modal dengan pantas tapi malangnya tak sebagus trader yang admin kenal itu. Ye la, asyik nak kejar right entry je tapi tak ngam timing sebab tu selalu kecundang. Inilah kenapa admin katakan work hard itu tak sesuai untuk trading sebab nak work hard apa bendanya nak cari right entry yang jarang berlaku. Tu pun bila ia berlaku rupanya dah tersalah entry. Nak buy low tapi di low tu dah sell awal-awal.. So macamna nak dapat entry? Jadi modal yang sesuai itu penting. Admin sarankan letaklah 1K USD ke atas dan cuba sasarkan gain kecil sahaja. Jika trading part time, admin sarankan boleh juga gunakan 100 USD dan cuba buat plan untuk setahun. Admin yakin akaun itu akan berganda asalkan bukan nak cepat.

Risk minima, TP maksima
Mana satu lebih baik, scalp 10 pip 10 kali entry untuk 100pip atau 1 entry 100 pip target? Sudah tentulah 1 entry lebih bagus berbanding 10x entry sedangkan yang ke-11 itu belum tentu profitable lagi. Silap-silap entry ke 11 itu sudah loss -100pip pula sebab terkena market reverse. 

Untuk menjadi trader yang pintar(smart), anda perlu kurangkan kerja anda dan maksimakan TP anda. Anda bukanlah trader yang pintar jika anda masih struggle dengan scalping yang tidak konsisten. Sebaliknya cuba dapatkan TP yang besar dan hanya memerlukan kerja yang sedikit.

2-3 entry seminggu
Dah TP besar-besar, sudah tentulah tak perlu nak banyak entry sangat. Jika 1 entry memberikan 50 pip, 3 entry dah bersamaan 150 pip. Konsisten dalam menghasilkan pip, membolehkan anda konsisten pula menghasilkan profit USD yang lebih banyak. Ingat, semakin kurang entry adalah lebih baik. Ini kerana setiap entry itu adalah berisiko tinggi, maka lebih banyak entry, lebih banyaklah risikonya.

Diluar sana pasti ada trader yang hanya membuka entry sedikit tetapi mendapat pulangan yang banyak dan sudah tentu ia berkait point pertama dan kedua iaitu, modal yang sesuai dan minima risk dan maksima TP. Andaikata masih tak jelas cuba fikirkan. Jika modal anda 10K USD, target anda cuma 1% per-trade sahaja iaitu 100 usd untuk 3 lot, ini bersamaan pulangan 3% atau sekitar 300 USD seminggu. 300 USD ini sudah bersamaan RM1,200 dan akan berpotensi menjadi sekitar RM4,800 sebulan!

Trade ikut arah timeframe besar
Anda mahukan signal yang lebih accurate? Anda perlu ikuti timeframe yang lebih besar. Ini kerana trader-trader besar menggunakan timeframe ini untuk memasuki pasaran. Timeframe besar juga kurang false signal berbanding timeframe kecil seperti M1 dan M5. 

Jika dapat mengikuti trader-trader besar dan entry pada signal yang berketepatan tinggi, maka anda mempunyai advantage untuk lebih banyak winning trade!

Mempunyai money management
Anda mahu survive jangka panjang, anda perlukan pengurusan kewangan yang baik. Ia meliputi risk yang anda sanggup rugi dan gain yang bakal anda dapat jika betul.

Untuk work smart dalam trading, anda hanya perlu letakkan risk kecil melalui size lot kecil atau SL kecil. Seterusnya untuk menggandakan profit, anda hanya perlu meletakkan sasaran TP yang besar sahaja. Timeframe yang lebih besar seperti Daily atau Weekly membolehkan anda mendapatkan TP yang besar kerana pergerakan di timeframe ini juga besar berbanding di M5 atau M15.

Fokus jangka panjang
Trader yang smart akan memfokuskan jangka panjang berbanding cuba menjadi jutawan dalam masa 1-3 bulan. Jika anda seorang yang hebat mungkin boleh. Tetapi jika membuka entry pun takut-takut lepastu masih bergantung trader lain untuk membuat keputusan, lupakan sahaja niat itu. Sebab bukan 1 juta yang boleh diambil dari market tapi nanti habis modal dan wang simpanan licin dibuat modal tapi semuanya hangus.

Untuk work smart, pastikan anda trading sekadar part time, minima risk dengan maksima reward dan buatlah perancangan untuk 1-2 tahun akan datang. Sebaiknya buatlah untuk 5-10 tahun lagi. Barulah namanya serius bisnes dan bukannya main forex!



Sekian,
ADMIN


By nazz at December 17, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: motivasi

Monday, 16 December 2019

ANALISIS 16/12/19


Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Admin ingin kongsikan serba sedikit trade plan admin untuk minggu ini dari 16/12/19 hingga 20/12/19.

Kesemua trade plan ini adalah berdasarkan satu pilihan arah sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja. Teknik ini digunakan di satu akaun khas sahaja agar dapat melihat keberkesanannya. Jangan campur-aduk di akaun lain tertutamanya akaun scalping yang memungkinkan buy dan sell dibuat.

Analisis ini valid selagi stuktur tidak break.

GBPUSD


GBPUSD bergerak uptrend selepas Pilihanraya minggu lepas. Berdasarkan fibonacci dan SNR admin kenal-pasti BRN 1.3300 dan 1.3220 sebagai potensi support untuk buy jika price menguji area ini dan gagal untuk tembusinya. gagal bermaksud akan berlaku rejection.

Komen admin : Pergerakan naik dijangka akan berterusan pada minggu ini, bulan ini hingga januari nanti. oleh itu plan adalah buy sahaja untuk pair ini untuk tempoh ini selagi tiada stuktur kukuh untuk menjadi downtrend.

Jika tembus maka trade plan buy ini akan gagal.

EURUSD


EURUSD rejected di resistance 1.11745. Pair ini bergerak dalam sideways, oleh itu ia sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk buy dan sell berdasarkan tanda A dan B. Untuk waktu ini sell boleh dibuat jika price retest semua 1.11745 ini dan rejected. Entry buy pula boleh dibuat jika price turun dan rejected atas 1.1109 area.

Pilihan admin : Admin pilih buy sahaja, oleh itu admin akan lihat potensi buy di kawasan bertanda B.

Invalid buy jika price break kawasan bertanda B iaitu di 1.1109 atau BRN 1.11000

AUDUSD


AUDUSD naik mendadak minggu lepas kemudian berlaku penurunan setelah menyentuh kawasan resistance 0.6933, di atas BRN 0.6900. Akan tetapi dalam masa yang terdapat kawasan support RBS di bawahnya iaitu di 0.6855. Kawasan ini menjadi kawasan terbaik untuk entry buy berdasarkan kenaikan minggu lepas.

Pilihan admin : Buy jika rejected di kawasan ini atau, kekal buy semula jika price break tetapi rejected di 0.6833.

USDCAD


Pair ini turun pada minggu lepas dan secara tidak langsung trigger stoploss para buyers Awal minggu ini ia agak bearish dan best entry boleh dibuat jika retest dan reject di 1.3150. Invalid sell jika price naik dan close di atas 1.3150.

Komen admin : trend akan bersambung downtrend jika break 1.3108. Next fibo 0.0 akan menjadi target profit.

EURJPY


EURJPY naik dan break strong resistance 121.32. Trend secara jelas adalah uptrend. Oleh itu kawasan RBS 121.32 dan 120.90 atau BRN 121.00 akan menjadi kawasan terbaik untuk buy semula berdasarkan trend ini.

Komen admin : Invalid buy jika price jatuh semula di bawah 121.000 atau 120.000 kemudian ia pullback ke bawah. Trend akan menjadi downtrend semula. Perhatikan candle Monthly, ia akan menjadi bearish fakey.

USDJPY


USDJPY menguat pada minggu lepas, berdasarkan timeframe weekly trend juga adalah uptrend. Oleh itu plan adalah buy sahaja kecuali break kawasan yang ditanda sebagai best entry.

Pilihan admin : 1st best entry adalah jika reject di 108.96/109.00, Jika break, maka best entry berikutnya adalah 108.83

Akhir kata...

Analisa ini adalah pendapat peribadi admin berdasarkan pengalaman admin selama 10 tahun dalam forex trading. Ia tak semestinya tepat dan perlu anda ikuti. Jadikan sebagai pembelajaran sahaja.
Abaikan analisa ini jika perlu.

ADMIN
16/12/19
By nazz at December 16, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AUDUSD, EURJPY, EURUSD, GBPUSD, USDCAD, USDJPY
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates