PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Saturday, 14 December 2019

TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua!

Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang membolehkan trader memanfaatkan buy dan sell dalam satu masa. Tetapi ia adakalanya sangat 'tricky' dan sukar untuk dijangka untuk berlaku bahkan dalam masa-masa tertentu ia cuma dalam pergerakan kecil atau sedikit yang hanya tak lebih dari membuatkan trader mengambil risiko yang tidak wajar dan seterusnya mengalami kerugian.

Pada artikel ini, https://pullback-blog.blogspot.com/2019/11/tips-cara-mudah-forex-trading.html admin telah kongsikan tips bagaimana untuk memudahkan trade dan salah-satunya adalah dengan memilih satu jenis entry sahaja iaitu buy sahaja ataupun sell sahaja.


Gambar ini adalah contoh strategy yang anda boleh pilih.

Disebabkan terdapat banyak strategy buy dan sell sudah dicipta maka anda hanya perlu gunakan salah satunya ataupun hanya cari jika peluang untuk guna strategi itu berlaku.

Contohnya anda mahu buy sahaja, anda hanya perlu cari chart pattern yang pro kepada buy ini. Contohnya bullish flag ataupun double/triple bottom.

BACA : TEKNIK-TEKNIK ENTRY

Dari segi candlestick pula anda hanya perlu fokuskan buy signal seperti hammer ataupun bullish engulfing untuk entry buy anda.

Bagaimana pula jika tiada mana-mana pattern ini terbentuk? Jawapannya mudah, anda abaikan sahaja kerana mungkin pilihan buy sahaja anda itu adalah salah. Perlu diingat, tak semestinya perlu trade sepanjang masa dan mungkin anda lebih gembira jika pada ketika loss itu anda tidak mengambil trade. Pasti ramai pernah mengalami situasi ini sambil berkata, 'kalaulah tidak buy atau sell tadi pasti taklah rugi besar..'

Candlestick Pattern

Candlestick pattern adalah elemen penting yang wajib dipelajari oleh trader jika anda trade dan menganalisa menggunakan chart teknikal.

Terdapat banyak, tetapi cuma berberapa sahaja yang perlu tahu terutamanya candle pattern yang kerap digunakan. Contoh pada gambar di bawah;



Contoh chart pattern

Berikut contoh gambar chart pattern yang anda boleh gunakan untuk strategi yang anda pilih.



Untuk senarai penuh sila ke sini : https://pullback-blog.blogspot.com/2019/11/chart-pattern.html 

Bagaimana cara ini membantu anda berdisiplin?

Ia boleh membantu anda berdisiplin dengan cara melatih anda menjadi trader yang tetap pendirian. Caranya, jika anda pilih buy, anda mestilah hanya fokus kepada buy walaupun market jatuh. Sekiranya anda tidak tetap pendirian, maka anda akan mengubah plan anda dari buy kepada sell. Jika anda memilih sell, anda tidak boleh mengubah kepada buy pula tidak kira apa yang berlaku. Adakah anda dikira tetap pendirian jika anda kerap mengubah plan?

...katalah anda memilih plan buy tetapi mengubah kepada sell kerana terlihat price jatuh...

Jika trend kembali ke asal iaitu naik, di sinilah anda akan mula kerugian akibat dari masalah disiplin anda. Ini kerana hampir mustahil untuk kita bergerak seiring dengan perubahan semasa trend. Jika benar boleh sentiasa seiring dengan trend, maka tiadalah situasi false break atau false signal.

Apabila anda menjadi seorang yang tidak tetap pendirian iaitu, sekejap buy dan sekejap nanti tukar kepada sell, anda akan terdedah dengan masalah lewat entry iaitu sell low dan buy high. Setiap candle signal perlukan jarak confirmation dan ini boleh menyebabkan anda lewat entry. Ini akan diterangkan di akhir artikel ini.

Disebabkan sudah kerugian akibat tindakan anda itu, kini anda terlibat pula masalah emosi. Trader yang bergelut dengan masalah emosi ini sentiasa mencuba untuk membalas dendam untuk cover cepat loss terdahulu dengan cepat. Sekarang keyakinan anda mula pudar dengan teknik anda jika usaha balas dendam itu gagal. Apa yang akan berlaku seterusnya adalah anda akan menukar teknik dan mencari teknik yang boleh bagi 99% ketepatan dan segera kaya-raya.

Dari manakah punca semua ini? Jawapannya adalah pada permulaan cara anda memasuki market iaitu memilih buy ataupun sell.

Dengan memilih satu jenis entry, anda hanya tinggal mencari entry yang berkaitan jenis entry pilihan anda itu. Inilah dipanggil sebagai strategi. Memilih strategi yang betul akan memudahkan anda lebih fokus dan seterusnya memudahkan pula perjalanan trading anda.

Kenapa jangan cuba-cuba lawan arah trend?

Penerangan:


Lihat gambar di atas, dari situasi ini dapat dilihat AUDUSD dalam keadaan downtrend selama dua bulan. Awal bulan berikutnya sudah terbentuk bullish trend melalui formasi candle hammer dan engulfing. Disebabkan major trend adalah downtrend. Maka fokus utama mestilah sell bukan?

Oleh itu anda mestilah memilih sell dan bukannya buy. Trader yang berdisiplin hanya akan menunggu sell signal terbentuk terlebih dahulu kemudian barulah entry sell berdasarkan trend yang sudah terbentuk itu. Anda perlu melatih diri anda untuk hanya membuat entry jika terbentuknya sell signal, dari sinilah anda akan menjadi trader berdisiplin kerana peraturan memilih satu jenis entry ini adalah hanya akan membuat entry jika signal entry hanya mengikuti pilihan yang dibuat.

Dalam proses ini anda akan mengabaikan peluang entry yang mungkin memberikan peluang profit buy sementara menunggu sell terbentuk.

Akan tetapi perlu diingat, anda mungkin berdepan risiko terlewat entry jika anda mengubah plan. Oleh itu lebih baik sahaja mengikuti plan asal berdasarkan trend. Ingat, sebagai trader, anda perlulah mengikuti trend dan bukannya melawan trend.


Lihat 2 sebab utama untuk sell, iaitu double top dan pattern engulfing yang terbentuk. Oleh itu anda bolehlah membuat sell kerana signal entry ini selari dengan plan asal iaitu sell.

Lihat hasilnya.


Price jatuh lebih 300 pip dan ini lebih baik dari kenaikan 100 pip. Itupun mungkin sudah terlewat masuk dan mungkin berakhir dengan buy di kawasan resistance yang terbentuk sell itu.

Kenapa tidak digalakkan menukar plan sekejap buy sekejap nanti sell?

Lihat risiko-risiko yang mungkin anda tidak mahu terkena akibat tidak tetap pendirian.

Perhatikan trend menaik atau uptrend, signal lawan arah terbentuk tetapi invalid. Inilah sebabnya kenapa perlu pilih satu entry sahaja dan jangan tukar kepada plan lain. Ini kerana belum tentu ia valid.


Lihat trend menurun atau downtrend, signal buy juga terbentuk tetapi ia tidak lebih dari false signal yang tidak memberikan peluang profit.

Trader yang tidak berdisiplin akan sering mengubah-ubah strategi dan akan terperangkap dalam signal yang salah. Jika trader itu enggan cutloss, lihatlah bagaimana plan asal yang sepatutnya berjaya bertukar rugi besar.

Bukankah lebih untung besar jika pada signal buy ini entry sell ditambah. Betul tak?

Akhir kata..

Okeylah sampai di sini dahulu. Admin sudah dedahkan sedikit, selebihnya biarlah para pembaca membuat backtest untuk memantapkan pemahaman.

Semoga berjaya.

-ADMIN-



P/S: Anda yang masih mencari-cari teknik yang sesuai bolehlah join membership admin sempena promosi akhir tahun ini. Support group disediakan untuk anda.

By nazz at December 14, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel, tips

Friday, 13 December 2019

MENGESAN OVERBOUGHT DAN OVERSOLD TANPA INDIKATOR TEKNIKAL


Anda pernah dengar mengenai Overbought dan Oversold? Jika belum pernah, ia adalah merujuk kepada reversal trend.

Terdapat indikator petunjuk untuk dapatkan entry overbought dan oversold ini iaitu RSI, STOCHASTIC, WILLIAM PERCENTAGE dan lain-lain..

Tapi tahukah anda, dengan melihat pergerakan naik atau turun mendadak dalam masa sehari itu juga membawa kan signal reversal overbought/oversold ini.

Syaratnya cukup mudah;

  1. Pergerakan lebih 200-300 pips dalam masa itu, tetapi adakalanya juga boleh mencecah hingga 400-500 pips.
  2. Sentuh nombor genap ataupun major SNR di TF D1 atau Weekly.
  3. Bounce di level itu atau berlaku 2 atau 3x retest.

Entry

Entry akan dibuat lawan arah tersebut. Namun entry cuma sekadar scalping sahaja dan tidak boleh TP yang besar.

Cutloss/SL

Sila letak SL di hujung reversal atau cutloss manual jika trend masih meneruskan perjalanan dan break high atau low di nombor genap atau SNR major tersebut.


TIPS

Walaupun matlamat utama adalah tidak menggunakan indi namun anda boleh filter atau buat double confirmation analisa anda dengan indikator overbought/oversold. Jika sudah cukup syarat untuk reversal seperti yang diterangkan di atas, anda lihat pula kepada indikator anda adakah ia juga dalam situasi yang sama. Jika YA, bermakna anda tepat dan boleh mengambil entry berdasarkan setup tersebut.



Ohya sebelum terlupa, anda boleh gunakan TF H1 ataupun H4 untuk lihat confirmation indi anda. Dalam gambar saya gunakan RSI sebab RSI ni jarang membentuk signal tak macam stochastic. Tapi dua-dua masih boleh digunakan sebagai confirmation.

Ingat, cuma confirmation, bukan mencari signal guna indi tu.

Sekian,

Semoga bermanfaat!

-ADMIN-










By nazz at December 13, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPUSD

AWAL PAGI GBPJPY TERBANG TINGGI


Pound Sterling bertindak-balas secara positif pada election terkini di UK. Hasilnya GBP menaik tinggi.

Sempat buy sebelum tidur, bila bangun sahaja, ia naik kaw2.. fuhhhh....

Hasil carian google, admin ambil petikan berikut;

Kenapa Pound telah Reacted Positif terhadap Harapan Majority Konservatif

Pound tetap menjadi tolok ukur yang berkesan untuk jangkaan prestasi ekonomi UK pada masa depan; Pemahaman pasaran mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ialah pertumbuhan ekonomi UK dijangka meningkat dan berpotensi menyumbang peningkatan kadar faedah di Bank of England.

Kallum Pickering, Ahli Ekonomi Kanan di Berenberg Bank menceritakan tiga implikasi positif untuk ekonomi UK dan untuk pasaran kewangan hasil yang diunjurkan dari pilihan raya:

1) "Majoriti jelas bagi Johnson sepatutnya menjamin Brexit teratur pada 31 Januari 2020, yang - relatif terhadap ketidakpastian Brexit selama tiga tahun terakhir - akan menjadi positif

2) "kerajaan konservatif kelihatan bersedia untuk melancarkan rangsangan fiskal yang berfokus pada pelaburan yang besar; dan

3) "Risiko bahawa pemimpin Buruh Corbyn dapat melaksanakan rancangan sayap kirinya akan lenyap."

Pickering menambah faktor-faktor ini akan membantu mengangkat keyakinan dan perbelanjaan jangka sederhana.

Sumber: https://www.poundsterlinglive.com/gbp-live-today/12538-pound-to-euro-and-dollar-exit-poll

-ADMIN-
By nazz at December 13, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPJPY

TRADE FULL MARGIN GUNA PIVOT


Pivot point adalah satu kaedah klasik yang sangat powerful jika tahu menggunakannya. Lihat gambar di atas di mana sell dibuat apabila pullback selepas break bawah Pivot.

Exit trade dibuat pada S1 atau support 1.


Lihat apa berlaku selepas menyentuh S1. Berlaku rejection, oleh itu secara tidak langsung ia menjelaskan bahawa di atas S1 bukanlah tempat terbaik untuk sell.

Lihat bagaimana nak sell di area ini.


Entry sell dibuat sekali lagi apabila price break dan pullback di bawah S1. Oleh itu S1 bertindak sebagai resistance setelah break.

Download indikator ini di sini > https://pullback-blog.blogspot.com/search/label/indicator

Andaikata anda tertanya-tanya apa timeframe sesuai dan indikator tambahan sesuai?

Berikut jawapan admin;
  • TF sesuai M30, M15 dan M5
  • Indi yang admin gunakan adalah EMA200 dan EMA50
Okeylah, 

Sampai di sini dulu perkongsian ringkas dari admin. Jumpa lagi di entry yang berikutnya.

Sekian,

-ADMIN-





By nazz at December 13, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: FULL MARGIN, GBPUSD

LEADING INDIKATOR UNTUK EMAS...


Adakalanya sebaik-baik indikator itu ada pada chart itu sendiri dan ia tak lainnya adalah matawang itu sendiri.

Kali ni admin kongsikan leading indicator yang admin gunakan untuk ketahui pergerakan besar Emas atau XAUUSD. Leading indikator tersebut adalah pair USDJPY.

Emas dan USDJPY mempunyai colleration negatif iaitu jika emas turun, USDJPY akan naik. Begitu juga sebaliknya.

Akan tetapi ini bukan bermakna jika salah satunya naik, maka satu lagi akan turun. Ia perlulah bergerak serentak maka pada waktu itu ada kemungkinan besar berlaku pergerakan besar.


Lihat chart ini, gold naik tetapi USDJPY tiada pergerakan turun, oleh itu ia bukanlah pergerakan besar yang dimaksudkan.

Lihat usdjpy:


Lihat apabila USDJPY naik, perhatikan apa yang berlaku pada Gold.


Ini yang berlaku pada Gold;


Berlaku pernurunan tajam(fall sharp) pada ketika USDJPY menaik. Maka peluang sell di manfaatkan.

Exit trade dibuat berdasarkan pivot point.


Anda boleh download indikator pivot di sini.

Ringkasan.



Lihat gambar di atas untuk lebih jelas, kenaikan USDJPY adalah kejatuhan Gold dalam masa yang sama.

Akhir kata...

Okey rasanya cukup di sini, selebihnya admin sarankan pembaca untuk backtest sendiri dan buat latihan.

Semoga sukses!

ADMIN

PS: Join membership untuk live trade bersama admin!



By nazz at December 13, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: FULL MARGIN, tips, USDJPY, XAUUSD
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates