PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Wednesday, 20 November 2019

PENYELESAIAN TRADING DI BROKER YANG KERAP REQUOTES


Anda trading di broker yang mempunyai masalah requotes?


Requotes boleh menjadi suatu masalah ketika hendak membuka trade mahupun menutup trade. Pergerakan terlalu cepat pasaran pada ketika anda trade memungkinkan anda berdepan dengan masalah ini.

Masalah requote ini adalah masalah broker forex yang popular(sering disebut di sana-sini) dan juga menjadi masalah trading forex yang serius terutamanya bagi scalper. Broker requotes masih wujud sehingga hari ini walaupun sudah ada broker lain yang menyediakan execution lebih pantas. Ini adalah kerana perkhidmatan deposit/withdrawal dan populariti setiap broker itu berbeza-beza. Ye la, bukanlah sepanjang masa akan berlaku requote ni. Lagipun jika urusan deposit/withdrawal sentiasa lancar, bonus deposit pun boleh tahan dan komisyen affiliate besar mustahillah ia akan lingkup.

Requotes ini sebenarnya boleh menjadi masalah kecil sahaja asalkan anda punyai strategi untuk mengatasinya. Berikut admin akan jelaskan melalui point-point di bawah.

5 penyelesaian menurut admin pullback:

1. Elakkan trade hit and run ataupun scalping profit kecil

Ada trader yang suka untuk membuat scalping ataupun hit and run untuk profit-profit kecil seperti 1 pip, 2 pip, 5 pip bahkan 10 pip tetapi trade pada lot yang besar seperti 5 USD lot, 10 USD lot... Profit anda tetap besar tetapi risiko anda lagi besar. Ini adalah kerana adakalanya agak sukar untuk menutup posisi tersebut bahkan kemungkinan anda sempat untuk rugi disebabkan requotes ini sebelum anda berjaya tutup posisi untung itu.

Anda seterusnya akan dikuasai emosi negatif dan seterusnya melakukan lagi kesalahan kerana ingin balas dendam dan membuat recovery cepat.

2. Digalakkan membuat swing trading dan close manual

Swing trading adalah penyelesaian terbaik. Dengan menetapkan target profit yang lebih besar anda mungkin tidak kisah jika requotes 'memakan' sikit profit anda kerana sukar menutup posisi profit itu. Anda mungkin menetapkan 100 pips target tetapi hanya berjaya menutup sebanyak 97 atau 95 pips. Ini masih dikira banyak berbanding target 5 pips sahaja tetapi berakhir dengan cutloss sebanyak -20 pips.

Kenapa close manual dan bukan tetapkan TP? Jawapannya adalah close manual di kawasan SNR lebih baik pada broker yang mempunyai spread yang agak besar. Jika broker anda menawarkan spread kecil, anda boleh teruskan sahaja dengan menetapkan TP. Tapi jika broker anda mempunyai spread yang agak besar, kemungkinan besar trade anda akan hit TP tetapi tidak close adalah tinggi. Oleh itu admin lebih sarankan untuk close manual. Nak close yang gerenti menjadi? Gunakanlah trailling stoploss.

3. Elakkan membuat entry ketika baru berlakunya breakout

Melihat market breakout dengan pergerakan pips yang agak banyak boleh menyebabkan anda 'tergoda' untuk menekan buy dan sell. Oleh itu jika ia berlaku sebaiknya biarkan ia bergerak dahulu kemudian nantikan retracement. Retracement pasti akan berlaku jika ia market yang terbaik untuk anda. Jika ia terus naik tinggi atau terus turun jauh, maka ini bukan market terbaik kerana berapa kali sahaja market begini berlaku dibandingkan dengan market retracement? Anda mungkin akan berakhir dengan sell low dan buy high kemudian market reversal selepas itu.

Jika anda trade retracement, anda mungkin cuma perlu tunggu confirmation sahaja, jika tiada maka abaikan atau tutup sahaja chart anda dan lihat lagi keesokannya.

4. Elakkan trade semasa news samada entry atau exit

Hampir sama dengan situasi market breakout tetapi lebih teruk. News seperti ECB Rate statement, FOMC, NFP adalah news yang berisiko tinggi berlakunya spike high dan low yang besar. Waktu ini broker requotes pasti menyukarkan untuk membuat entry dan juga menutup entry. Oleh itu sila buat entry atau menutup entry sebelum news release. Paling bagus, entry sahaja selepas news jika anda bercadang untuk membuat entry.

Pernahkah anda mendengar mengenai whipsaw? Whipsaw adalah situasi di mana ketika news berlakunya naik dan turun dalam masa yang sama. Akhirnya candle close sebagai doji. Hanya selepas 1 jam atau 2 jam kemudian selepas news barulah nampak ke mana arahnya. Jika anda trade secara hedging, anda pasti akan buy dan sell dalam satu masa tetapi tiada yang profit kecuali anda menambah risk andaikata ia trending selepas news itu.. Jika tiada, anda hanya akan kerugian sahaja(kemudian pening macamana nak tutup hedging itu).

5. Pastikan internet connection anda stabil sahaja

Masalah yang ke-5 ini pasti pernah dialami oleh trader yang duduk di kawasan yang punyai masalah sambungan internet yang tak konsisten. Adakalanya laju adakalanya perlahan. Jika pada waktu itu ada gangguan, elakkan sahajalah membuka chart atau anda bakal membazirkan modal dengan struggle untuk membuat entry yang sukar. Entry sudah sukar apatah lagi hendak close-nya.

Akhir kata...

Requote tak berlaku pada waktu-waktu selain yang disarankan di atas. Cuba trade saja pada waktu market kurang aktif, anda akan dapat execute trade tanpa masalah sekalipun.

Jika broker tersebut terlalu kerap requotes tanpa kenal masa, admin yakin ia akan gulung tikar tak lama lagi. hehehe... :)

Ok semoga 5 tips kali ini akan membantu anda memantapkan lagi skill trading anda.

Sekian dulu buat masa ini.

-ADMIN-



By nazz at November 20, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: tips

ELLIOTT WAVES EBOOK


KLIK SINI
By nazz at November 20, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ebook

TIPS CARA MUDAH FOREX TRADING


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini...

Berikut admin ingin kongsikan kepada pembaca sekalian 5 tips cara trading forex paling profit dan teknik forex paling berkesan.

1. Pilih satu jenis entry sahaja

Cara paling mudah untuk trading adalah dengan memilih satu jenis entry sahaja iaitu, buy sahaja ataupun sell sahaja. Dengan memilih satu jenis entry untuk seminggu atau sebelum, ia dapat membantu anda memudahkan anda membuat keputusan bilakah waktunya yang sesuai untuk membuat entry. Jika anda memilih buy dan sell, ia bukan sahaja memeningkan kepala malah apabila berada dalam keadaan salah, anda akan berdepan dengan kekeliruan dan kesalahan yang banyak kerana buy salah, sell pun salah.

Analisis price action di timeframe yang lebih besar seperti Weekly ataupun Monthly boleh membantu anda merancang adakah perlu trade buy sahaja atau sell sahaja untuk seminggu ataupun sebulan tersebut. Ia bukanlah mustahil jika anda dalam satu trend yang kukuh, tak percaya? silakan semak chart anda.

2. Masuk trade pada 3 hari atau 2 hari terakhir dalam minggu tersebut

Market adakalanya tidak menentu terutamanya hari isnin dan selasa. Adakalanya berlaku pergerakan aktif, adakalanya cuma sideways. Tetapi selepas 2 hari dan 3 hari berlalu, biasanya arah market sudah kelihatan samada ia akan naik atau turun. Jika sideways juga anda boleh nampak dengan jelas ia tidak menembusi resistance dan support dalam 2-3 hari terdahulu. Jika breakout berlaku pada khamis, maka itulah arahnya walaupun naik turun 3 hari sebelumnya mencecah lebih 100 pips dalam sehari.

3. Trade single pair sahaja

Pening kepala nak trade banyak pair? Tak perlu buat demikian kalau anda tidak mahir menguruskan entry-entry tersebut. Ini kerana ia sangatlah berbahaya jika market dalam volatility tinggi dengan pergerakan naik turun yang besar. Akaun boleh margin call dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu ambillah satu pair dan fokus sahaja pair tersebut. Ia lebih mudah dan membantu anda fokus.

4. Jangan trade news semasa news

Masih terpedaya dengan pergerakan besar news dan percaya anda mampu ambil peluang tersebut? Jangan mimpilah jika broker anda jenis yang requote, lambat execute dan widen spread. Anda takkan dapat peluang tersebut walaupun price gerak 200 pips waktu tersebut. Penyelesaian? Trade-lah selepas news tersebut. Biasanya 1 jam atau 2 jam kemudian akan nampak arahnya malah anda boleh manfaatkan lebih baik reversal selepas news tersebut ini kerana trader yang masuk instant semasa news spike bakal terkena reversal jika arah market cuma bersifat sementara dan sebenarnya hendak reverse. Oleh itu, reversal akan berlaku selepas news dan waktu inilah anda bakal mendapat profit yang besar. Jika tiada reversal, elakkan trade sahaja.

Anda boleh semak news release di www.forexfactory.com

5. Buat perancangan teliti sebelum trading(berdasarkan 4 point di atas).

"Plan your trade and trade your plan!" Ini pepatah yang popular dikalangan trader tapi sejauh mana anda faham membuat perancangan ini?

Buat perancangan menurut admin adalah meliputi 5 perkara di bawah;

1. Plan trade untuk seminggu itu pada hari sabtu atau ahad sebelumnya.
2. Pilih satu single entry sahaja dan hanya trade ikut teknik entry berkaitan.
3. Rancang berapa risk yang hendak diletakkan.
4. Pilih pair yang sedang trending
5. Tetapkan target profit


1. Plan trade lebih awal pada sabtu/ahad
- Buat analisa teknikal pada hari sabtu atau ahad agar dapat fokus kerana market tidak bergerak oleh itu anda dapat mengelakkan diri dari membuat entry mahupun cuba meneka ke mana arah pasaran. Plan ini adalah untuk menentukan adakah akan buy atau sell sahaja minggu hadapannya.

Pastikan bilakah news merah akan keluar dalam minggu itu jika ada dan apakah pair yang berkaitan. Cara ini boleh membantu anda merancang terutamanya adakah perlu elakkan trade hingga news release atau masuk trade selepas news tersebut atau mungkin abaikan sahaja dan trade pada esoknya.

2. Pilih 1 jenis entry sahaja
- Tak perlu pening nak fikir di price mana nak sell dan buy balik. Ambil 1 entry dan fokus sahaja teknik-teknik entry yang sama dengan pilihan itu. Contohnya buy sahaja, maka anda boleh entry buy apabila breakout resistance atau buy jika berlaku retracement kemudian terbentuk rejection.

3. Rancang berapa risk yang hendak diletakkan
- Merancang berapa risk yang sanggup anda kerugian akan membantu anda entry dengan konfiden serta bebas dari stress. Ia akan membantu anda untuk lebih mudah profit kerana tiada rasa takut untuk salah dan seterusnya membolehkan anda mendapatkan entry yang lebih baik setiap kali peluang itu muncul. Trader yang was-was biasanya akan lewat entry dan apabila profit akan cepat-cepat close.

4. Pilih pair trending sahaja
Terdapat banyak pair utama dan cross ditawarkan oleh hampir semua broker baru dan lama. Oleh itu jika anda lihat pair kegemaran anda tidak trending tetapi masih mahu trade, cari saja pair lain. Tiada cara yang lebih baik untuk trade jika pair tersebut tidak trending maka trade bagaimana sekalipun ia tak akan membantu anda sukses malah akan bertambah kerugian sahaja.

Memilih pair trending, akan memudahkan anda trading pada 3 hari terakhir pada minggu itu kerana pair trending ini jika ia sideways dalam 2 hari awal minggu iaitu isnin dan selasa, biasanya rabu, khamis dan jumaat ia akan bergerak trending dengan baik.

5. Tetapkan target
Trading perlukan matlamat. Anda perlu tetapkan matlamat profit iaitu samada hendak mencapai 1% ataupun 10% dalam seminggu itu. Selain menetapkan dalam percent, anda juga boleh tetapkan untuk mencapai dalam amaun tertentu seperti 100 USD ataupun 1K USD. Cara ini akan membantu anda untuk berhenti selepas matlamat tercapai bagi mengelakkan overtrade dan terlalu over-trading.

Trader yang tiada matlamat dan tidak tahu untuk berhenti adalah trader yang selalunya struggle dengan masalah emosi, tamak dan takut.

Bagaimana jika matlamat tidak tercapai? Jangan risau, jika anda sudah merancang risiko anda, maka sasaran yang tidak tercapai bukanlah sesuatu tekanan kepada anda. Apa yang anda perlu buat adalah cuba lagi di minggu yang akan datang.:)

Sekian dulu buat masa ini.

-ADMIN-


By nazz at November 20, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel, tips

Tuesday, 19 November 2019

CHART PATTERN

CHART PATTERN

Chart pattern adalah topik yang wajib dipelajari memandangkan ia banyak membantu trader memahami keadaan market dan seterusnya membantu trader untuk menyertai pergerakan majoriti dalam sesuatu trend.

Chart pattern ini terbahagi kepada dua iaitu;
  1. Continuation
  2. Reversal
Memahami market melalui chart pattern

Disebabkan manusia adalah disebalik pergerakan trend, maka ia akan meninggalkan pola-pola(pattern) tertentu yang berasal dari tabiat trader yang membuat buy dan sell. Sesuatu kejatuhan adalah berpunca dari profit taking dan juga panic selling dalam pasaran yang dipengaruhi dari faktor fundamental ataupun berita tertentu dan juga data-data ekonomi yang negatif.

Bagaimana chart pattern ini boleh membantu trader?

Pattern-pattern ini akan berulang kerana sifat manusia itu sendiri suka mengulang semula perbuatan lepas mereka, maka ini akan membantu trader mengenal-pasti peluang-peluang tertentu untuk memasuki pasaran apabila 'tabiat pattern' ini berulang semula.

Chart pattern yang terbentuk, menambahkan lagi pengulangan tabiat trader

Apabila trader sudah mula memahami tabiat yang berulang ini yang kemudiannya diterjemah dalam bentuk-bentuk(pattern) tertentu. Trader akan trade pattern itu sesuai dengan sifatnya.

Contohnya dalam downtrend, jika terbentuk descending patten, kemudian ia breakout, maka trader akan membuat posisi sell berdasarkan situasi itu.

Keperluan trading chart pattern

Oleh itu sifat manusia(trader) akan membentuk chart pattern, kemudian trader akan trade pula pattern itu. Inilah caranya bagaimana chart pattern ini mempunyai kebarangkalian tinggi untuk sukses dalam sesuatu trading.

Apabila kita melihat perkara yang sama seperti orang lain, maka ada kemungkinan tinggi kita juga akan melakukan apa yang orang lain lakukan. Dalam hal ini jika trader lain secara majoritinya sell, maka kita juga akan sell. Oleh itu tiadalah istilah kita sendirian buy, tapi yang lain pula membuat sell beramai-ramai.

Berikut pattern-pattern yang kerap berulang dan anda boleh manfaatkannya apabila ia berlaku.:)





Admin faham, pasti ada yang sudah tertanya-tanya bilakah pattern ini akan berlaku. Berikut admin berikan 2 tips bagaimana hendak menjangkakan bila ia akan berlaku.

1. Perhatikan major SNR di TF Monthly dan Weekly. Biasanya apabila sesuatu price/pair menjejak area ini dan jika tiada sellers atau buyers hendak memasuki pasaran untuk meneruskan arahnya, ia ada kemungkinan akan reversal. Pada timeframe kecil seperti  D1, H4 atau H1 perhatikan jika terbentuknya reversal chart pattern.

2. Continuation pattern adalah pattern yang terbentuk ketika trend sudah berlaku. Contohnya uptrend selepas reversal. Oleh itu perhatikan jika price sudah mula berhenti naik dan mula bouncing atau ranging. Ia ada kemungkinan tinggi untuk membentuk chart pattern continuation.

Sekian,

-ADMIN-


By nazz at November 19, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: chart pattern, forex, tips

FOREX TIPS UNTUK RISK MANAGEMENT


FOREX TIPS UNTUK RISK MANAGEMENT

Tips untuk high probability

- Entry apabila perlu sahaja, memadai 2-3 entry atau cuma 1-2 entry sahaja dalam seminggu.
- Take Profit maksima 1:2 ratio atau 1:1 ratio sahaja.

Lowest Drawdown

- Drawdown adalah percentage hasil dari win dan loss selepas semua trade ditutup. Jika anda membuka 10 trade, 5 loss, 5 win, maka drawdown anda adalah 50%. Jika anda win 8 dan loss 2, maka drawdown anda adalah 20%.

- Drawdown yang rendah adalah hasil dari win rate yang tinggi. Trader yang mempunyai drawdown di bawah 10% atau lebih rendah dari 2% adalah trader yang sangat profitable.

- Gunakan lot size yang kecil berbanding size utama modal. Sebagai contoh modal 1K usd, maka gunakan lot size micro 0.10 cent per-lot. Lot size yang kecil ini akan mengecilkan risiko trading dan akan memberikan data percentage risk yang sangat kecil.


- Trade pada signal yang jelas sahaja. Jangan trade ketika market sideways atau tidak menentu arahnya.

- Trade pada high probability setup sahaja di mana ia berikan reward profit lebih tinggi atau lebih besar contohnya lebih 50-100 pips dalam satu pergerakan trend.

- Sentiasa breakeven(BE) iaitu mengubah SL ke entry price samada untuk lock profit ataupun hapuskan risk.

- Berhenti trade setelah target tercapai. Untuk target, letakkan target rendah dan boleh capai antara 1-5% sahaja seminggu. Drawdown anda tidak akan rendah jika anda terlalu mengambil risk dengan trading secara kerap.

Tips untuk konsisten

Terdapat banyak tips konsisten dalam trading. Tapi di sini admin cuma akan kongsikan satu sahaja.
-JANGAN KERAP TRADING. :)




Sekian,

-ADMIN-

P/S: Tips ini khas buat forexcopy trader.
By nazz at November 19, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: tips
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates