PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Wednesday, 5 October 2022

GUBAH WANG HARAM LEBIH 300 JUTA NAR TRADING TRADERS - PENGARAH URUSAN DAN KETUA PEGAWAI PEMASARAN DIDAKWA



GEORGETOWN: Seorang pengarah urusan syarikat serta ketua pegawai pemasaran bersama isteri dan anak perempuannya, tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram, bernilai lebih RM300 juta.

Tertuduh, Mohd Nasri Abdul Rahim, 36, yang juga Pengarah Urusan Nar Trading Traders Sdn Bhd, hanya mengangguk faham serta mohon dibicarakan selepas 118 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dibaca dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Nasri didakwa menerima, memindah dan menggunakan sejumlah wang dipercayai hasil aktiviti haram serendah RM50,000 hingga RM15.86 juta untuk kegunaan peribadi termasuk pembelian saham.

Tertuduh kedua, Ketua Pegawai Pemasaran Syarikat NAR Trading Traders Sdn Bhd, Abdul Wahab S Mohd Mydin, 53, turut mohon dibicarakan selepas 30 pertuduhan, termasuk masing-masing satu pertuduhan bersama isteri, Resool Bivi Yusof Gini, 50, dan anaknya, Nur Hafeezah Abdul Wahab, 26, selesai dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, Abdul Wahab didakwa menerima, memindah dan menggunakan sejumlah wang bernilai di antara RM11,868 hingga RM117 juta untuk kegunaan peribadi termasuk pembelian hartanah.

Manakala isterinya, Resool Bivi dan anaknya, Nur Hafeezah, masing-masing didakwa memindahkan wang sebanyak RM98,674 dan RM114,225 yang disyaki hasil daripada aktiviti haram sebagai pembayaran deposit pembelian hartanah.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia antara Mei 2018 hingga Disember 2020.

Pendakwaan bagi semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 41(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala Mohd Nasri diwakili peguam, S Raveentharan, manakala Abdul Wahab, isteri dan anak mereka diwakili Mashitah Jamaluddin @ Mohammad Shukri.

Mahkamah membenarkan Mohd Nasri diikat jamin RM500,000 manakala Abdul Wahab diikat jamin RM110,000 oleh seorang penjamin dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan, selain kedua-duanya perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sementara itu, Resool Bivi dibenarkan ikat jamin RM10,000 dan anaknya yang bekerja sebagai operator kilang sebanyak RM25,000.

Mahkamah menetapkan 15 November 2022 sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

SUMBER: Berita harian

By nazz at October 05, 2022 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MONEY LAUNDERING, NAR TRADING TRADERS, scam
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates