PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Tuesday, 16 November 2021

Pihak berkuasa serbu i-Serve Online Mall, akaun dibeku dan wang tunai RM118.7 juta dirampas

Menurut BNM, tindakan penguatkuasaan bersama itu adalah sebahagian daripada kerjasama membabitkan pelbagai agensi bagi membanteras jenayah kewangan di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu tindakan penguatkuasaan bersama telah diambil terhadap i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan syarikat sekutunya yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata sebanyak 22 premis berkaitan dengan i-Serve Online Mall dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu pada 11 Nov, 2021 manakala dokumen terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan bersama.
"Serbuan itu juga menyebabkan 45 akaun dalam tujuh bank dibekukan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta turut dirampas," katanya.
Menurut BNM, tindakan penguatkuasaan bersama itu adalah sebahagian daripada kerjasama membabitkan pelbagai agensi bagi membanteras jenayah kewangan di Malaysia.
Tindakan itu telah diselaraskan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan BNM sebagai agensi peneraju selain Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.
"Orang ramai diingatkan bahawa di bawah seksyen 137(1) FSA, mana-mana individu yang menerima deposit tanpa lesen dianggap telah melakukan kesalahan. Siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dibuat mengikut peruntukan di bawah AMLA.
"Jika sabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram semasa kesalahan tersebut dilakukan atau denda RM5 juta, mana-mana (jumlah) lebih tinggi dan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun," kata BNM.
Menurut bank pusat itu, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan supaya hanya menyimpan wang dan/atau melabur dengan pihak berlesen atau berdaftar dengan pihak berkuasa berkaitan.
"BNM dan SC menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila melabur dengan syarikat-syarikat dalam atau luar negara yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan di samping menjanjikan pulangan lumayan," katanya.
BNM berkata, orang ramai yang mengetahui atau ditawarkan peluang pelaburan sedemikian melalui promosi di platform media sosial, e-mel atau telefon, boleh melaporkan perkara berkenaan kepada BNM menerusi bnmtelelink@bnm.gov.my atau SC pada aduan@seccom.com.my.
-- BERNAMA
By nazz at November 16, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BNM, i-serve
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates