PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Monday, 22 March 2021

Suruhanjaya Sekuriti arah tujuh pihak henti nasihat pelaburan tanpa lesen

Foto : The Edge Markets
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan tujuh pengendali menghentikan dan menamatkan semua aktiviti berkaitan nasihat pelaburan tidak berlesen.

SC menjelaskan, perintah henti dan hindar itu dikeluarkan berikutan pemerhatian bahawa pengendali berkenaan menjalankan perniagaan memberi nasihat mengenai sekuriti atau derivatif termasuk cadangan pelaburan saham selepas pembayaran fi dibuat.

"Aktiviti ini biasanya dijalankan dalam kumpulan sembang peribadi berasaskan langganan melalui Telegram, WhatsApp dan Facebook," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuh pengendali dan penasihat tidak berlesen disenarai itu ialah Don Trader, DT Academy Sdn Bhd; Engineer Saham, Ergonamos Marketing - Mohd Faizal Raihan; Felix Consulting; Lifestyle Trading Masterclass, LTM Tech - Jeremy Looi Chee Keong.

Turut disenaraikan One Stock Centre, Stock Advisor, The SuperInvestor, SA Expert Consultancy - Logeswaran A/L Balasubramaniam; Serikandi Saham, Thoriq Legacy Sdn Bhd - Fatin Fatini Ismadi; dan Teknik Saham - Fazlisyam Md Isa.

Kenyataan itu menyebut, SC juga menyenaraikan semua pengendali di atas dengan butiran relevan dalam Senarai Peringatan Pelabur SC, http://www.sc.com.my/investor-alert.

"SC memberi amaran kepada pengendali webinar, seminar, media sosial dalam talian dan bilik sembang aplikasi pesanan lain supaya berhenti menjalankan aktiviti nasihat pelaburan tanpa lesen.

"SC memantau rapi perkara ini dan sekiranya wajar akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sekuriti," katanya.

Mana-mana individu menjalankan perniagaan menyediakan nasihat pelaburan tanpa lesen, melakukan kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.

Walaupun SC menjalankan pemantauan internet secara proaktif untuk membendung kegiatan tidak sah dalam pasaran modal haram di media sosial, kenyataan itu mengingatkan orang ramai berwaspada terhadap risiko mengambil bahagian dalam mana-mana skim pelaburan.

Ia berikutan mereka boleh ditipu atau dipergunakan sebagai sebahagian daripada skim manipulasi pasaran.

"Pelabur hendaklah mengesahkan lesen atau pendaftaran individu, syarikat dan platform yang menawarkan perkhidmatan atau produk pasaran modal, sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan termasuk pemberian nasihat pelaburan.

"Semakan boleh dibuat melalui laman web SC di Daftar Umum Pemegang Lesen, www.sc.com.my/licensed-registered-persons dan Senarai Pengendali Pasaran Diiktiraf yang diiktiraf, www.sc.com.my/rmo," katanya.

sumber

By nazz at March 22, 2021
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: suruhanjaya sekuriti

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates