PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • MOCAZ
    • XM
    • MFM Securities
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Monday, 23 November 2020

SINDIKET JOE KEDAH TUMPAS

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan pelaburan Forex yang didalangi 'Joe Kedah' hingga membabitkan kerugian hampir RM21 juta tumpas dalam serbuan polis, Khamis lalu.

Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan JSJK Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam dan Kajang, Selangor itu berjaya memberkas 10 individu termasuk 'Joe Kedah'.

Difahamkan, Joe Kedah, 42, ditahan bersama kekasihnya warga Indonesia di sebuah kondominium di Shah Alam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tangkapan dibuat susulan 72 laporan polis berkaitan penipuan pelaburan Forex itu diterima apabila kesemua mangsa mendapati platform pelaburan itu tidak boleh diakses.

"Sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu menjanjikan keuntungan lima hingga lapan peratus setiap bulan melalui satu platform menggunakan satu aplikasi.

“Siasatan mendapati sindiket terbabit telah mengaut keuntungan hampir RM21 juta," katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.

Zainuddin berkata, serbuan ini telah bertindak merampas 10 buah kereta mewah jenis Porsche Macan, Ford Mustang, Audi, Range Rover Evoque, dua Toyota Vellfire dan empat buah BMW.

“Kesemua suspek berusia 24 hingga 42 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Zainuddin, dalam usaha membanteras kegiatan pelaburan haram, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran, kenyataan dan janji palsu sindiket.

"Semak dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti alert list Bank Negara Malaysia, Security Commission dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum melakukan pelaburan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ket-penipuan-Forex-didalangi-Joe-Kedah-tumpas
Kredit Foto: PDRM

















Komen: Selain terlibat skim penipuan, suspek juga memiliki syarikat penerbitan. Mungkinkah ia sebagai usaha untuk money laundering? 

Sumber


Penafian: Artikel ini diambil dari sumber lain dan bukanlah mewakili admin mahupun dari penulisan admin kecuali komen admin.

By nazz at November 23, 2020
Reactions: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: scam, SKIM CEPAT KAYA

No comments:

Post a comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


CONTACT | HUBUNGI

Email : admin@pullbackforextrading.com

Total Pageviews


Popular Posts

  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • Bitcoiner Kehilangan Kata Laluan kepada 7,002 Bitcoin bernilai hampir RM1 BILLION
    Gambar : File/Twitter Seorang bitcoiner telah berkongsi kisahnya tentang bagaimana dia kehilangan akses kepada 7,002 bitcoinnya, bernilai se...
  • ‘Jho Low 2’: Malaysia mengatakan Tedy Teow telah melarikan diri ke Thailand setelah penipuan Macau bernilai AS $83 juta
    Seorang peniaga Malaysia yang penuh misteri yang mempunyai kaitan dengan orang kaya dan terkenal menghilang, nampaknya melarikan diri dari n...
  • GBPUSD 1.4000 ?
      GBPUSD dibuka melemah pada awal minggu ini iaitu pada isnin. Setelah menyentuh major RBS 1.3472, price tidak tunggu lama untuk terus pullb...
InstaForex

Limited time offer

banner1

SPONSORED

Blog archive

  • March 2021 (2)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

SPONSORED

Label

  • artikel
  • AUDUSD
  • berita
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BREXIT
  • chart pattern
  • cryptocurrency
  • ebook
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • indicator
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • motivasi
  • octafx
  • OIL
  • richest person
  • scam
  • SKIM CEPAT KAYA
  • SPX500
  • Tedy Teow
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD


Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates