PULLBACK FOREX BLOG

baca blog sementara tunggu pullback

  • Home
  • Broker Pilihan
    • INSTAFOREX
    • XM
    • CXM DIRECT
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Monday, 6 January 2020

PAK MAN TELO - PELOPOR SKIM CEPAT KAYA DI MALAYSIA


Sebut sahaja nama 'Pak Man Telo' pasti ramai yang mengenalinya terutama yang hidup di era 70-80an. Berikut sedikit kisah mengenai Pak Man Telo.

Siapa Pak Man Telo?
Pak Man Telo atau nama sebenarnya Osman Hamzah merupakan bekas wartawan di akhbar Warta Negara pada 1960-an. Insan yang berasal dari Taiping Perak ini kemudianya menyertai Bernama sebagai wartawan sambilan beberapa tahun kemudian.

Walaupun bermula sebagai seorang wartawan, Pak Man boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai cita-cita besar untuk menjadi seorang jutawan. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, dia telah menubuhkan sebuah syarikat dan menjalankan skim cepat kaya yang diberi nama Skim Pestama Berhad pada akhir 1970-an.

Pada tahun 70-an dan 80-an, skim cepat kaya atau MLM adalah sesuatu yang agak baru dan kurang diketahui oleh orang ramai. Oleh itu Pak Man Telo boleh dikatakan 
antara pengasas terawal skim MLM atau skim cepat kaya di Malaysia.
Menawarkan Dividen tinggi
Pada awal-awal tahun skim ini dijalankan, skim ini menawarkan pulangan bulanan antara 10-12% sebulan dan dibayar setiap bulan tanpa gagal.

Ada diantara peserta awal skim pelaburan ini berjaya menjadi jutawan segera. Ini menyebabkan orang ramai menjadi rambang mata untuk menyertai skim ini.

Ditangkap dan didakwa
Pada penghujung tahun 80an, skim yang dijalankan ini mula goyah. BNM membuat serbuan ke rumahnya dan merampas wang tunai sebanyak RM1.7juta. Pada 13 mac 1990
Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengutip deposit tanpa lesen dan dijatuhkan hukuman pada keesokan harinya. Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM250 ribu atau setahun penjara. 

Denda RM250 ribu itu dibayar secara tunai. Wang rampasan RM1.7juta juga diarahkan oleh mahkamah untuk dipulangkan kerana tiada undang-undang yang membenarkan BNM merampas wang tersebut.

Walaupun didapati bersalah, namun penyokong-penyokong Pak Man Telo yang berada diluar perkarangan mahkamah menyambutnya dengan gembira sambil bersorak 'HIDUP PAK MAN TELO.'

Populariti meningkat, pelaburan bertambah
Kemuncak skim pelaburan ini berlaku pada tahun 90an di mana selepas serbuan dan pendakwaan di mahkamah pada waktu itu, populariti Pak Man Telo meningkat ke seluruh negara dan semakin ramai orang awam menyertai skim pelaburan ini.

Zaman kejatuhan
Pada bulan september 1990, pelabur mula rasa curiga dengan skim ini kerana dividen yang dijanjikan sudah mula tidak dibayar ke akaun bank mereka seperti sebelumnya.

Dividen pula mula dikurangkan dari 12% kepada 5% sahaja. Ramai pelabur datang kerumah Pak Man untuk meminta penjelasan. Alasan yang diberikan, masalah kemelesetan ekonomi dunia akibat perang teluk pada waktu itu.

Selain itu dia juga menyalahkan ejen-ejennya yang dikatakan menyeleweng wang. 

Keadaan menjadi semakin teruk apabila tiada pembayaran dibuat pada tahun januari 1991. Kekecohan berlaku apabila ramai pelabur berkumpul di rumahnya dan merosakan kenderaannya. Sebulan kemudian sekumpulan 6 orang lelaki menculik seorang anak lelaki Pak Man Telo dan mengurungnya di hotel Tropicana,Kuala Lumpur selama seminggu. Mereka menuntut Pak Man Telo membayar wang sebanyak RM430 ribu namun mereka telah berjaya dikesan dan diberkas oleh pihak polis.

Diberkas polis dan didakwa lagi
Pak Man Telo diberkas polis Bukit Aman apabila berberapa pelabur skimnya membuat laporan polis terhadapnya.

Hasil siasatan BNM, Pak Man Telo didakwa sekali lagi di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit dari kira-kira 50,000 pelabur dengan wang yang dianggarkan sebanyak RM99.09 juta tanpa lesen.

Pak Man Telo mengakui tidak mengetahui jumlah sebenar kerana tiada rekod transaksi wang yang dikutip pada waktu itu.

Pak Man Telo mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2 juta.

Bersalah untuk kali ke-2
Selesai perbicaraan pada 02 mac 1992, Pak Man Telo didapati bersalah lagi untuk kali ke-2 dan kali ini dijatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000. Hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan iaitu pada 17 julai 1991.

Pak Man Telo gagal membayar denda RM500,000 lalu dihukum penjara lagi selama setahun bermula pada 2 mac 1992.

Berakhirnya hidup Pak Man Telo
Pak Man Telo dibuang daerah dan hidup menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelakinya di Kuala Berang, Terengganu. Pak Man Telo memulakan hidup baru dan menyara keluarganya dengan membaiki Radio dan TV.

Pada 22 disember 1997, Pak Man Telo yang berusia 70 tahun meninggal dunia akibat sakit tua. Dengan itu berakhirlah hidup seorang pelopor skim cepat kaya terawal di negara ini.

Tonton video mengenai Pak Man Telo.



Credit video to : Detektif Mat Despatch
By nazz at January 06, 2020
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: SKIM CEPAT KAYA

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Translate

JOIN OUR TELEGRAM SIGNAL!


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *


Total Pageviews

Popular Posts

  • Lelaki disebalik pizza-bitcoin yang terkenal merasa tidak menyesal kerana mensia-siakan peluang kekayaan $ 365 juta
      Pada bulan Mei 2010, seorang pelajar California Jeremy Sturdivant, yang berusia 19 tahun, melihat permintaan pelik di forum internet crypt...
  • TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua! Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang memboleh...
  • JOE KEDAH SCAM MANGSA MELALUI BROKER ESSENCEFX?
    KUALA LUMPUR: Sebagai pemilik rumah mewah dan kereta anggun, dia bukan Joe biasa(average Joe), dengan kekayaan yang jelas berasal dari skim ...
  • ORANG DI SEBALIK PROJEK DEFI100 TELAH SCAM 32 JUTA DUIT PELABUR?
    Projek Cryptocurrency DeFi100, protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) yang dibina di Binance Smart Chain, nampaknya merupakan satu penip...
  • PENGENALAN KEPADA TEORI DOW
    Teori Dow adalah teras penyelidikan teknikal kontemporari. Premisnya telah bertahan dalam ujian masa dan menyokong kajian penyelidikan tingk...

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • October 2022 (1)
  • September 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • March 2022 (1)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (5)
  • April 2021 (6)
  • March 2021 (6)
  • February 2021 (2)
  • January 2021 (7)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (4)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (6)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (10)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)

Label

  • advanced forex
  • alphabet
  • archegos
  • artikel
  • AUDUSD
  • basic forex
  • berita
  • Bernard Arnault
  • bernie madoff
  • billionaire
  • billionaire index
  • bitcoin
  • BNM
  • BREXIT
  • Broker
  • cfd
  • chart pattern
  • china
  • citi bank
  • covid 19
  • cryptocurrency
  • cryptomining
  • dan zanger
  • dating scam
  • defi100
  • DOW JONES
  • ebook
  • ELON MUSK
  • EURJPY
  • EURUSD
  • forex
  • forex factory
  • FULL MARGIN
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • google
  • hed fund
  • i-serve
  • indicator
  • Internet Detective
  • Investigation
  • JENAYAH
  • Jho Low 2
  • macau scam
  • MBI Group International
  • MONEY LAUNDERING
  • motivasi
  • NAR TRADING TRADERS
  • nft
  • octafx
  • OIL
  • PARCEL SCAM
  • ponzi
  • relief fund
  • richest person
  • rug pull
  • scam
  • SELEBRITI
  • SKIM CEPAT KAYA
  • skim ponzi
  • SPX500
  • squid token
  • stock trader
  • Sundar Pichai
  • suruhanjaya sekuriti
  • Tedy Teow
  • tiktok
  • tips
  • USDCAD
  • USDJPY
  • VIRUS
  • XAUUSD

Copyright © PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates